CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5688|Reply: 53

Berpuluh Ribu Tiara Botol Candy Terjual, Achey Ambil Pekerja Sambilan- Nak Jual Motor Untuk Kembang Perniagaan Anak

[Copy link]
Post time 6-9-2023 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Permintaan luar biasa setiap kali jualan Tiara Botol Candy dibuka membuatkan Achey mengambil keputusan mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan.


Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata, dia dan isteri tidak lagi mampu memenuhi permintaan yang ada sebaliknya merancang menyediakan stok terlebih dahulu sebelum membuka jualan di TikTok.


Foto: IG




"Apabila permintaan terlalu tinggi, saya tidak boleh membuka jualan dulu baru nak buat bungkusan. Kami jadi penat kerana setiap hari tempahan akan bertambah.


"Katakan kami bungkus 5,000 gula-gula, tetapi tidak perasan dekat beg kuning ada lagi 1,000 tempahan... Jadi kami sudah terlebih bajet.


"Jadi buat sementara ini saya fikir ingin mencari pekerja sambilan untuk kerja pembungkusan," katanya kepada mStar.




  



Achey memberitahu sebaik sahaja memuat naik iklan menari pekerja sambilan di Instagram miliknya pada Selasa, dia menerima ratusan mesej daripada individu yang berminat, termasuk ada menawarkan untuk bekerja secara sukarela.


Kata Achey, dia membuka peluang buat individu yang ingin bekerja untuk membungkus gula-gula, khususnya buat pelajar dan masih bujang.


  



"Sebelum ini waktu cuti sekolah kami buat di kampung... ramailah sepupu dan saudara yang tolong Tiara bungkus gula-gula tersebut.


"Bila sudah berada di KL, siapa nak tolong... jadi mungkin saya boleh cari pekerja sambilan dalam kalangan pelajar dan masih bujang... ini kerana orang bujang kurang sikit komitmennya.


"Baru saja saya update tadi, ramai yang mesej nak bekerja dengan saya malah, ada yang kata sanggup tidak dibayar semata-mata ingin berjumpa Tiara," ujarnya.




  



Sementara itu, Achey meluahkan rasa syukur apabila jualan yang diusahakan anak perempuannya Nur Tiara Zinnirah mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli.


Setakat ini, hampir 18,000 pek gula-gula sudah terjual dan jumlah pemulangan semula juga sangat rendah berbanding sasaran yang dibuat.


  



"Saya buka berapa jualan pun, netizen beli saja. Harga yang kami beri pun agak murah... feedback yang kami terima daripada pelanggan pun semua berpuas hati kerana isinya padat.


"Alhamdulillah setakat ini jualan Tiara Botol Candy sudah mencecah 18,000 bungkus. Saya juga bersyukur jumlah pemulangan semula barangan pun tidak terlalu tinggi.


"Contohnya kalau kami pos 3,000 parcel, hanya dua peratus pemulangan semula sekitar 12 atau 13 parcel sahaja," jelasnya.


  



Untuk rancangan masa depan, Achey kini mengambil serius terhadap perniagaan yang diusahakan dan sanggup menjual asetnya bagi tujuan penambahbaikan segala urusan.


"Saya rasa kami mula mengambil bisnes ini secara serius kerana saya akan menjual beberapa aset saya termasuk motosikal untuk membeli van bagi urusan pengambilan stok gula-gula.


"Saya ada kereta pacuan empat roda tetapi kalau hujan susahlah kerana tidak berbumbung... jadi saya sanggup jual dua atau tiga buah motosikal saya untuk membeli van bagi kegunaan bisnes ini," katanya.


  



Pada 23 Ogos lalu, Achey terkejut perniagaan makanan ringan yang dijalankan Tiara menerima sokongan luar biasa daripada netizen.


Biarpun tidak mendapat keuntungan besar, Achey bersyukur apabila mereka berjaya menjual sebanyak 3,000 pek gula-gula dan menerima 'gift' daripada pengikut di TikTok. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
LG ramai lah budak2 kena diabetes
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
2% untung berniaga apa? Jgn membongaklah. Kalau betul 2% pastu nak ambil pekerja pula? Baik bagi free.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk ritu dia beli gula2 kt kedai rm2.  

Tak tau la netizen ni bodo ke apa. Gi le beli kt kedai rm2. Ni ko kena byr postage lg


Btw ank dia ni selekeh
Bini ko tak reti kemaskn ank ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Me tak menahan la tgk budak² comot ni terigt pd si dedek adik si juna..comot ..tu pun duk muji comel kata normal budak² membesor cara marhein takde mekap²..masalahnya kemaskan la budak tu ni baju mengelebeh rambut serabai
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:12 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 6-9-2023 11:14 AM
2% untung berniaga apa? Jgn membongaklah. Kalau betul 2% pastu nak ambil pekerja pula? Baik bagi fre ...

iols rasa maksud dia, return parcel. bukan return=untung tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2023 12:16 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 6-9-2023 11:14 AM
2% untung berniaga apa? Jgn membongaklah. Kalau betul 2% pastu nak ambil pekerja pula? Baik bagi fre ...

2% tu dia ckp parcel yg dipulang semula. bukan keuntungan.
Walaupun kiraan dia pun macam tak betul... 2% drpd 3000 dlm 60 parcel... tapi yg dipulang semula lebih kurang 12 parcel.

pasal keuntungan dia ada ckp haritu satu pack tu dlm singgit lebih je dia untung.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa tiara tu comel walaupun dia comot.hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 12:29 PM | Show all posts
gula2 murah ni boleh aje beli sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:33 PM | Show all posts
mmg ada bdk2 yg comot kot.. pkai la apa pn.. mcm ofc mate i ols..kemain klau citer psl bj2 beg2 kasut ank dia..7thn pmpuan.. tp bila jmp kt open hse.. comot nye ank ko..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:36 PM | Show all posts
budak tu comel, lagi comel kalau mak pak tak pemalas nak kemaskan anak... biar selekeh 24 jam... anak orang lain aktif ligat jugak, boleh je bagi pakai kemas2, rambut ikat elok... saja la tu buat content bagi anak selekeh acah2 comel... ajar anak cakap bukan2 buat content mcm org besar..ni suruh meniaga pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 6-9-2023 11:14 AM
2% untung berniaga apa? Jgn membongaklah. Kalau betul 2% pastu nak ambil pekerja pula? Baik bagi fre ...

Itu return refund la. Bkn untung. Barang yg reject
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:43 PM | Show all posts
missHaidiD replied at 6-9-2023 11:57 AM
Aku tgk ritu dia beli gula2 kt kedai rm2.  

Tak tau la netizen ni bodo ke apa. Gi le beli kt kedai  ...

betul..baru nak komen yg sama..apa ke bodohnya  beli gula2 kat tt ni..pergi kedai je la beli...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg beli ni lbh kpd sedekah. Ala2 terima kasih sbb tiara hiburkn drg dgn telatah dia. Acik forum nk bodohkn org knp. mmg ramai yg suka sedekah. Tanda murah rezeki bdk ni..

Sedangkan nora danish pon pnh jual bedal tanaka repack rm40 50.. pdhl harga asal xlebih rm10
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg membeli ni bodo ke kurang cerdik ye.. cekelet kedai eco je kot. Mcm peghak xpernah jumpa dah kenapa..
Kalo kata sekadar nak tolong pun, budak tu bkn org susah yg berniaga utk cari makan..

Tp aku xsalahkan achey & anak dia la.. derang main2 jual je.. sekali ramai peghak.. rezeki tiara la
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 01:37 PM | Show all posts
ni namanya rezeki..
bagi kita nampak bodoh kan beli coklat murah kat tt sedangkan boleh je gi borong kat kedai RM2.. tapi dah nama REZEKI budak ni..
Siapa kita nak menidakkan nya..
ala hangpa mcm tak pernah baca berita orang oversea jual udara bersih la, jual tanah kat bulan la, jual bau kentut la..kita rasa mcm bodoh banggang tapi ada jugak org beli..
rezeki si penjual la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 01:50 PM | Show all posts
artis jual la apa pun mesti laku...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sachacha replied at 6-9-2023 12:10 PM
Me tak menahan la tgk budak² comot ni terigt pd si dedek adik si juna..comot ..tu pun duk muji come ...

Kan.dedek tu comot benor.mak dia sibuk 24jam lyn Q&A peminat kt IG..xkisah sgt ke anak tu. Dedek nk harap sape tlg kemaskn.dh kata bapaknya skizo.mak pulak 24jam men hempon. Juna nmpk bersih tp autisme pulak dh.aku rimas nengok femili tu. Spttnya beri phtian pd anak2.bkn 24jm lyn peminat. Nk corak anak pun xreti tp gigih cari anak angkt smpai 2 ketol. Apa la paedah klu manjang dok borak kt IG. Ats tikar sejadah tinggai bape percent je yg btul2 tumpu pd doa dan zikir. Tu pun bkn khusyuk pon. Japgi nk snap pic sejadah dgn tasbih post kt ig dia. Aku mmg smak btol dgn fj. Klu rasa diri sndiri xpndai manage rutin jgn gatal2 tgn cari anak angkt
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah org nak beli... Budak2 seronok la niaga main2 tp dpt smbutan. kita ajar dari kecik susahnya nak cari duit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 02:17 PM | Show all posts
produk timbang kil0 kah??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.116834 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list