CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1847|Reply: 0

[Perlis] Polis buru Yong Kok Wah, suspek utama kes pecah amanah

[Copy link]
Post time 5-9-2023 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Polis buru Yong Kok Wah, suspek utama kes pecah amanah


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Yong Kok Wah diburu polis. FOTO Ihsan polis




Kangar: Polis sedang mengesan seorang lelaki bernama Yong Kok Wah bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah dan pemalsuan dokumen membabitkan kerugian hampir RM8 juta sejak 2018.

Lelaki berusia 47 tahun dengan alamat terakhirnya di Taman Seri Kota Fasa 4, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar itu dikehendaki berikutan penahanan seorang pengarah syarikat berusia 71 tahun di sebuah pejabat di Alor Setar, Kedah Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang pelabur warga asing yang mendakwa kerugian hampir RM8 juta selepas diperdaya oleh rakan niaganya di negara ini, pada 26 Ogos lalu.

"Mangsa mendakwa rakan niaganya dilantik sebagai pengarah syarikat bagi perniagaan pengilangan memproses serbuk ikan dan vitamin bagi pasaran tempatan serta luar negara yang beralamat di Kuala Perlis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan mendapati kejadian bermula sejak 2018 hingga 2020 yang mana suspek mengambil kesempatan ketika sekatan perjalanan dikuatkuasakan sewaktu penularan pandemik Covid-19 melanda dunia.

"Suspek disyaki melakukan jenayah pecah amanah dan pemalsuan dokumen terhadap syarikat dengan menjual empat lot tanah milik syarikat mereka di Kuala Perlis kepada pihak ketiga.

"Perbuatan berkenaan dilakukan tanpa pengetahuan mangsa yang berada negara asalnya pada kejadian mengakibatkan anggaran kerugian sebanyak RM8 juta," katanya.

Beliau berkata, polis melancarkan operasi 'Ops Pekaka' bagi mengesan kesemua suspek termasuk peguam dan pembeli yang dipercayai berada di beberapa negeri di utara tanah air dan sekitar Lembah Klang.

"Kita percaya mereka turut diperdaya oleh suspek dan mengambil langkah awal dengan menyekat urusan diteruskan dengan memasukkan 'kaveat' atau pencegahan pendaftaran transaksi mengikut Kanun Tanah Negara (NLC) ke atas kesemua tanah milik syarikat mangsa.

"Suspek direman dua hari sehingga hari ini sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, pada masa sama kita memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan bernama Yong Kok Wah yang juga suspek utama dalam kes ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 409/471 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen dan pecah amanah," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Wan Amirul Syafiq Wan Yazid di talian 010-5248936 atau ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis atau balai polis berhampiran.



Disiarkan pada: September 5, 2023 @ 10:07pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.344553 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list