CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2600|Reply: 1

Singapura Keluar Larangan Bekerja Terhadap Roger Ng Angkara Skandal 1MDB

[Copy link]
Post time 5-9-2023 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Singapura: Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS), hari ini mengeluarkan larangan seumur hidup terhadap Ng Chong Hwa, bekas pegawai bank Goldman Sachs (Singapura) yang terbabit dalam skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Arahan itu menyusuli pendakwaan Ng, yang juga dikenali sebagai Roger Ng, di Amerika Syarikat (AS) kerana konspirasi melakukan pengubahan wang haram, yang diselewengkan daripada 1MDB, dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) AS.


Bekas juru bank Goldman Sachs, Roger Ng, ketika meninggalkan Mahkamah Persekutuan Brooklyn di Amerika Syarikat (AS) selepas didapati bersalah terbabit dalam skandal penyelewengan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Foto REUTERS




"Salah laku Ng memberi sebab kepada MAS untuk mempercayai bahawa adalah bertentangan dengan kepentingan awam bagi membenarkannya terus bekerja sebagai wakil perniagaan di Singapura.


"Di bawah perintah larangan yang berkuat kuasa hari ini, Ng secara kekal diharamkan daripada mengendalikan sebarang kegiatan yang dikawal selia di bawah Akta Sekuriti dan Saham (SFA).


"Ng juga tidak dibenarkan untuk bertindak sebagai pengarah atau menjadi pemegang saham utama di mana-mana syarikat yang mengendalikan urus niaga seumpamanya," kata MAS.


Ng adalah satu-satunya juru bank Goldman Sachs yang didakwa dan dibicarakan atas tuduhan berkaitan skandal 1MDB.


Dia dituduh di AS pada 8 April tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara 190 tahun pada 9 Mac.


mahkamah mendapati, dalam tempoh antara 2009 dan 2014, Ng berkomplot dengan beberapa yang lain termasuk bekas pengarah Goldman Sachs (Singapura), Tim Leissner, dalam pengubahan wang haram yang diseleweng daripada 1MDB.


MAS mengenakan larangan kekal terhadap Leissner pada 19 Disember 2018.


Leissner mengaku bersalah dan memberi keterangan di AS terhadap Ng, di bawah satu perjanjian kerjasama dan dia belum lagi dijatuhi hukuman. - REUTERS




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 10:05 AM | Show all posts
rasuah money laundering yg kt melesia?? aman2 je jd ...... melesiaku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.028756 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list