CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2707|Reply: 0

Lelaki Ditahan Ketika Beli Kfc, Didakwa Buat Serangan Seksual

[Copy link]
Post time 5-9-2023 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki yang dipercayai merogol serta melakukan gangguan seksual terhadap gadis berusia 17 tahun akhirnya ditangkap.


Ia susulan keluarga mangsa memfailkan aduan terhadap perogol yang didakwa, Suppakarn 'Ohm' Khansantier, 29 tahun, selepas mangsa remaja mengalami kemurungan akibat diserang secara seksual pada 11 Ogos.


Suspek menunjukkan rakaman video gangguan seksual yang dibuatnya terhadap mangsa.




Mangsa mendedahkan kepada pegawai bahawa dia bertemu dengan suspek semasa temu janji pertama selepas empat hari berhubung.


Mereka membuat janji temu untuk makan tengah hari di restoran tempatan berhampiran rumahnya di wilayah Pathum Thani dekat Bangkok Thailand.


Pada masa itu, suspek dikatakan mengumpan mangsa dengan menyatakan dia sedang menggunakan tandas dan memintannya masuk ke dalam rumah.


Dia kemudian mendekati dan menyentuh tangan mangsa sehingga menyebabkannya ketakutan.


Ekoran daripada itu, suspek terus menarik mangsa ke dalam bilik tidurnya di mana dia didakwa mengikat tangan dan kaki sebelum menyerangnya secara seksual selama lebih tiga jam. Dia juga merakam video aktiviti seksual untuk memeras ugutnya.


Mangsa menyatakan bahawa Ohm mengugut untuk berkongsi video dalam talian jika dia mendedahkan perbuatannya.


Semasa siasatan dilakukan, pihak polis menerima panggilan daripada suspek yang mencabar mereka untuk menangkapnya.


Polis memantau suspek dengan teliti dan akhirnya menahannya apabila dia muncul di kedai Kentucky Fried Chicken di wilayah itu pada Sabtu, 2 September.


Suspek didakwa mengakui tindakannya dan merancang serangan itu apabila mereka memulakan perbualan dalam talian.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.204203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list