CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1528|Reply: 0

[Pahang] Penduduk resah, minyak masak, beras tiada di pasaran Jerantut

[Copy link]
Post time 4-9-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

JERANTUT : Pengguna di sekitar kawasan FELDA di sini resah susulan bekalan minyak masak paket dan beras yang dilihat menyusut di pasaran hingga menyukarkan mereka mendapatkan bekalan itu sejak dua minggu lalu.

Peniaga mendakwa bekalan mula terputus kerana tidak dihantar pemborong luar sejak dua minggu lalu, menyebabkan mereka hilang punca untuk mencari stok baharu bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Peniaga kedai runcit di FELDA Tekam Utara, Aizat Majid, 32, berkata beliau mendapat bekalan sebanyak 10 kotak yang mengandungi 170 paket minyak masak pada harga RM2.50 sepaket dan ia habis dijual dalam tempoh tiga hari saja.

"Sehingga ini, saya masih belum menerima bekalan baharu daripada pembekal dan penduduk di sini mula 'bising' kerana tiada minyak paket untuk dibeli.


"Bukan saja di sini, malah saya dimaklumkan penduduk di sekitar kawasan FELDA Gugusan Gelanggi dan Lepar Utara turut mengalami putus bekalan minyak masak paket sejak dua minggu lalu.

"Kita juga menghadapi kekurangan bekalan beras 10 kilogram dan lima kilogram dalam tempoh sama," katanya.

Sementara itu, penduduk FELDA Tekam Utara, Anuar Rahman, 61, berkata kekurangan minyak masak paket dan beras di kawasan itu menyebabkan penduduk terpaksa pergi ke pasar raya di bandar Jerantut dan Bandar Jengka yang agak jauh untuk mendapatkan bahan itu.

Beliau berkata, kekurangan bekalan minyak masak dan beras semakin ketara mungkin disebabkan permintaan tinggi pada musim cuti sekolah dan banyak penganjuran majlis kahwin.

"Paling menyedihkan apabila kami yang datang jauh ke bandar Jerantut turut dimaklumkan bekalan minyak paket juga berkurangan di pasar raya dan ini menyusahkan penduduk untuk menyediakan makanan di rumah dan sebagainya," katanya.

Suri rumah di Taman Inderapura, dekat sini, Bahriah Ramli, turut terkejut apabila bekalan minyak masak paket yang sering dibelinya kini tiada di pasaran di bandar ini.

"Kami memang kecewa kerana ia antara bahan asas diperlukan untuk masakan tetapi kini tiada di pasaran. Kita harap pihak berkuasa memantau keadaan ini yang menyusahkan orang ramai," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... di-pasaran-jerantut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.911215 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list