CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2719|Reply: 0

Balik setahun sekali pun payah

[Copy link]
Post time 4-9-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR 02 SEPTEMBER 2023. L/KPL Jacquaelyne Alleyvia anak Ajilatin, 25. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Petaling Jaya: Demi tugas dan tanggungjawab kepada negara anggota serta pegawai badan beruniform sanggup berkorban apa sahaja walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta.

Malah, ada juga segelintir pihak yang memandang enteng dan tidak menghargai pengorbanan mereka namun bagi anak jati Kuching, Sarawak, Lans Koperal Jacquaelyne Alleyvia Ajilatin perkara itu sebahagian daripada tugasnya bergelar anggota polis.

Jacquaelyn, 25, berkata, kerjasama berpasukan antara setiap anggota dan pegawai serta keharmonian masyarakat tanpa mengira agama ataupun bangsa banyak membantu dirinya menjalankan tugas di lapangan.

Menurutnya, cabaran paling utama apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga buat pertama kali apabila ditugaskan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, sejak tamat latihan pada 2019.

Katanya, pada permulaan sukar baginya menyesuaikan diri namun dengan bantuan rakan sepasukan dan pegawai yang prihatin banyak membantu dirinya apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga.

"Saya memang minat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini sejak dari sekolah rendah dan masa mula-mula dapat panggilan ibu bapa juga memberi sokongan walaupun terpaksa berada jauh.

"Saat paling mencabar adalah semasa negara dilanda Covid-19 menyebabkan saya dan rakan sepasukan tidak dapat bercuti dan pulang ke kampung hampir dua tahun kerana cuti dibekukan.

"Memang sedih terpaksa sambut Krismas dan Hari Gawai bersendirian, jauh dengan keluarga, tetapi demi negara, demi tugas saya gagahkan diri," katanya kepada Harian Metro.



KUALA LUMPUR 02 SEPTEMBER 2023. Inspektor Kayrell Nyanggoh, 32. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Situasi sama dihadapi Inspektor Kayrell Nyanggoh, 32, apabila kali pertama ditugaskan di IPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang sebagai pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) pada 2018.

Katanya, sebelum menyarung uniform Sang Saka Biru dia pernah menuntut di sebuah kolej swasta di Subang Jaya, Selangor namun tetap berasa berat hati apabila perlu bertugas jauh dari keluarga.

"Walaupun sudah hampir lima tahun bergelar pegawai polis, perkara paling sukar adalah berjauhan dengan keluarga yang berada di Miri, Sarawak.

"Tambah pula jawatan saya sebagai pegawai penyiasat jadi agak sukar untuk saya mendapat cuti, kadang-kadang hendak pulang ke kampung setahun sekali pun susah," katanya.

Katanya, sebagai anak kepada pesara polis, keluarganya amat memahami kesukaran tugas pasukan itu, malah suaminya yang juga seorang pegawai polis banyak memberi motivasi buat dirinya untuk terus berbakti kepada negara tercinta.

Katanya, antara memori paling diingati ketika bertugas apabila terpaksa ditempatkan selama lapan jam sehari di sekatan jalan raya (SJR) semasa negara dilanda Covid-19.

Lain pula ceritanya bagi Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Ammar Firdaus Ithnin, 30, apabila menerima penugasan di Miri, Sarawak sejak Disember 2018 sejurus menamatkan latihan asas.

Anak kelahiran Yong Peng, Batu Pahat di Johor itu berkata, bertugas di Sarawak mempunyai cabaran yang tersendiri khususnya dari segi struktur muka bumi yang mencabar fizikal dan mental serta perbezaan dialek ketika berkomunikasi.

"Pada awalnya agak kekok untuk berkomunikasi, malah pegawai atasan pun ramai yang asal dari Sarawak.

"Tetapi di sini budayanya unik, kami semua macam adik-beradik tidak kiralah saya Melayu ke, Iban, Cina, atau lain-lain kaum semuanya bergaul rapat membuatkan saya mudah sesuaikan diri," katanya.

Menurutnya, selepas lima tahun bertugas dia kini mampu bertutur di dalam dialek tempatan dan tidak lagi berasa asing atau kekok untuk bergaul dengan penduduk setempat.

Katanya, apabila berjauhan dengan keluarga dan isteri tercinta, cabaran utama adalah untuk pulang bercuti kerana kehendak tugas yang tidak mengira masa dan waktu.

"Ini tahun ketiga saya mendirikan rumah tangga…isteri saya berasal dari Sabah tetapi bekerja di Johor sebagai guru tadika swasta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... un-sekali-pun-payah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066112 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list