CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1988|Reply: 0

Aleix Espargaro menang MotoGP Catalunya

[Copy link]
Post time 4-9-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Penunggang Aprilia, Aleix Espargaro melintas garisan penamat perlumbaan MotoGP di Grand Prix de Catalunya dekat Circuit de Catalunya, Montmelo. - AFP

MONTMELO, Sepanyol: Aleix Espargaro menang MotoGP Catalunya di Montmelo sebentar tadi dalam perlumbaan dicemari kemalangan ngeri membabitkan juara dunia, Francesco Bagnaia.

Rakan sepasukan Espargaro dalam pasukan Aprilia, Maverick Vinales kedua manakala Jorge Martin melengkapkan podium di Litar Montmelo.

Ketika Espargaro meraikan kejuaraan berganda di perlumbaan laman sendiri selepas menang aksi pecut semalam, Bagnaia menerima rawatan di hospital tempatan.

Penunggang Itali bersama pasukan Ducati itu bermula di petak depan.


Dia mengelak kemalangan membabitkan beberapa jentera di selekoh pertama tetapi hilang kawalan pada selekoh seterusnya.

Bagnaia tercampak daripada jenteranya di depan kumpulan pelumba lain.

Penunggang KTM, Brad Binder kemudiannya melanggar kaki Bagnaia.

Pendahulu kejuaraan itu tidak sedarkan diri dan kemudian segera dikejarkan ke pusat rawatan di litar dengan ambulan.

Dia kemudian dipindahkan ke hospital tempatan. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-motogp-catalunya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.069637 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list