CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1827|Reply: 1

Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai, anggota disyaki rasuah ahli patologi

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang pegawai kanan dan dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki merasuah ahli patologi.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata, kertas siasatan tatatertib dibuka dan akan disiasat bagi melihat dari sudut pelanggaran kes rasuah berkenaan.

"Sebarang tindakan lanjut bergantung kepada keputusan siasatan Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sekiranya siasatan SPRM mendapati terdapat kes berkaitan pemberian rasuah membabitkan pegawai dan anggota terbabit, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, jika terdapat kes pemberian rasuah, pendakwaan atau pertuduhan akan dilakukan oleh SPRM.

"Sekiranya ia berakhir dengan sabitan di mahkamah, tindakan tegas oleh PDRM akan diambil termasuklah turun pangkat atau buang kerja," katanya.

Rabu lalu, seorang pegawai berpangkat Asisten Superitendan (ASP) dan dua anggota polis ditahan SPRM kerana disyaki terbabit isu rasuah berkaitan ujian saringan air kencing pesalah.

Dua lagi yang ditahan adalah Sarjan dan kesemua mereka berusia 36 hingga 54 tahun itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di tiga daerah di Johor.

Seorang daripada tiga mereka ditahan pada Isnin lalu, manakala dua lagi pada Rabu ketika masing-masing hadir ke pejabat SPRM Segamat di Johor untuk dirakam keterangan.

Kegiatan suspek terbongkar selepas SPRM menahan seorang ahli patologi di sebuah hospital di negeri itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wai-anggota-disyaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 11:14 AM | Show all posts
rasuah kenapa? nak bagi sangkut kes ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.086556 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list