|
GREENWOOD (kanan) memilih untuk menyertai Getafe secara pinjaman untuk memulihkan semula pretasinya. - AFP
LONDON – Bintang muda Manchester United, Mason Greenwood berpeluang untuk memulihkan semula karier bola sepaknya selepas menyertai kelab Sepanyol, Getafe secara pinjaman.
Getafe tidak membayar apa-apa yuran untuk perpindahan berkenaan, namun akan membayar sejumlah kecil gaji Greenwood sepanjang tempoh pemain itu bersama mereka.
United membuat keputusan melepaskan Greenwood buat seketika selepas siasatan dalam selama enam bulan selesai dijalankan melibat kes kekerasan jenayah membabitkan pemain tersebut biarpun dia dibebaskan oleh mahkamah.
Greenwood tidak beraksi dalam sebarang aksi kompetitif sejak Disember 2021 selepas ditahan pada Januari ekoran kes berkenaan sebelum proses perbicaraan dijalankan dan akhirnya didapati tidak bersalah.
Bagaimanapun, United yang melakukan siasatan dalam selain mendapatkan pandangan daripada beberapa pihak membuat keputusan tidak bersedia menggunakan khidmatnya pada musim depan sekali gus menerima beberapa tawaran.
Pemain berusia 21 tahun itu masih memiliki kontrak selama dua tahun setengah bersama United dan dilepaskan seketika untuk membolehkan dia mengembalikan semula keyakinan dalam prestasi serta memulihkan semula pandangan awam terhadap dirinya.
Selain Getrafe, beberapa tawaran lain diterima untuk Greenwood adalah daripada pasukan Lazio, Olympiacos dan Red Star Belgrade yang bersedia memberinya ruang untuk beraksi. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... awa-diri-ke-getafe/ |
|