View: 1806|Reply: 0
|
Dua Lelaki Ditahan Terbabit Rusuhan Bersenjata
[Copy link]
|
|
Gua Musang: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kes rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama Gua Musang, di sini, kelmarin.
"Enam orang rakan suspek yang bersenjatakan parang, batang besi dan kayu panjang datang menyerang menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
"Selain itu, suspek juga turut merosakkan barangan kedai runcit terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, dua suspek yang dipercayai suspek utama berjaya ditangkap kira-kira jam 4.30 petang hari sama.
"Turut dirampas senjata yang digunakan semasa kejadian iaitu masing-masing satu bilah golok, buku lima dan batang cota kayu.
"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Benzo dan Methamphetamine.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 dan 148 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Polis masih berusaha mengesan saki baki rakan suspek dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|