|
Kecoh dengan isu poligami, pelakon Kamal Adli menegaskan isterinya, Uqasha Senrose sudah cukup untuk melengkapi hidupnya.
Kamal berkata demikian ketika membuat siaran langsung di laman sosial baru-baru ini berkata kehadiran Uqasha sudah cukup membahagiakan dan dia tidak memerlukan wanita lain untuk dicintai.
"Cukup la satu... Kenapa nak pasang dua, tiga dan empat? Satu ini pun dah membahagiakan, tak perlu la kita nak tambah lain. Cukup la satu ini untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi, dimanjai.
"Nak berlawan pantun pun dekat seorang saja, tak payah ada dua atau tiga. Insya Allah," kata Kamal.
Uqasha yang turut berada dalam sesi itu bagaimanapun menasihati suaminya agar tidak bercakap berlebihan kerana bimbang kata-kata itu berbalik kepada mereka.
"Tak apa la, itu kehidupan orang... biarlah. Jangan cakap besar, kang tiba-tiba Allah uji. Saya tak nak cakap sebab takut berbalik pada kita," kata Uqasha.
Dalam pada itu, Kamal memberitahu dia hanya menjawab pertanyaan daripada netizen yang mengaitkan kontroversi Abang Tesla yang berkahwin dua.
"Sebenarnya saya tak tahu langsung kes Abang Tesla. Muka Abang Tesla tak tahu, muka isteri dia pun tak tahu," kata Kamal.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mengejutkan peminat apabila mereka mengumumkan sudah selamat bergelar suami isteri pada 5 November 2021.
Sumber: Gempak
|
|