View: 11512|Reply: 2
|
Niezam Zaidi ‘Trauma’ Kongsi Kisah Peribadi, Bakal Umumkan ‘Berita Gembira’ Bila Tiba Waktunya – ‘Saya & Fify Mesra’
[Copy link]
|
|
Pelakon Niezam Zaidi menyatakan hubungan dengan pelakon Fify Azmi masih terjalin baik.
Ketika ditemui OhBulan!, pelakon berusia 32 tahun itu akui trauma dengan pengalaman lalu dengan perkongsiannya mengenai kisah peribadi secara terperinci.
Oleh demikian, Niezam enggan mengulas lanjut tentang hubungannya bersama Fify.
"Sebelum ini saya selalu kongsi tentang cerita peribadi saya hingga menyebabkan ekspektasi manusia jadi terlalu tinggi."
"Bila perkara yang kita rancang tak jadi, tapi dah diceritakan pada orang, itu mendatangkan stres pada saya.
"Saya mengambil keputusan kali ini, biarlah kami sahaja yang tahu."
Menurut Niezam, pengalaman lalu mengajarnya untuk tidak menghebohkan sesuatu yang masih dalam proses.
Berkongsi lebih lanjut, Niezam akui memiliki perancangan untuk ke peringkat yang lebih serius bersama pilihan hati.
"Perancangan untuk lebih serius itu ada."
"Insya-Allah semoga dipermudahkan.
"Hubungan Fify dan keluarga saya juga baik."
Ujarnya, dia bakal memaklumkan berita gembira itu sendiri apabila tiba waktunya.
Dalam pada itu, Niezam memohon doa agar dipermudahkan urusan dalam usahanya untuk mendirikan rumah tangga.
Sumber : Oh Bulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
makin herlok dan sedap plk nampak
|
|
|
|
|
|
|
|
My badboyyy boyfriend... Jgn la ngan fifi pleaseeee. |
|
|
|
|
|
|
| |
|