CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2205|Reply: 0

[Perlis] Mekanisme terbaik untuk laksana subsidi bersasar dirangka

[Copy link]
Post time 2-9-2023 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Mekanisme terbaik untuk laksana subsidi bersasar dirangka


Oleh Aizat Sharif - September 2, 2023 @ 2:34pm bhnews@bh.com.my




Azman (dua dari kanan) menunjukkan kod QR Hero Pengguna sambil disaksikan oleh Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Perlis, Fakhrul Anwar Ismail (kanan sekali), Exco Alam Sekitar Negeri Perlis, Megat Hashirat Hassan (kiri sekali) dan Pengarah KPDN Perlis, Norazah Jaapar (dua dari kiri) semasa Karnival Hero Pengguna dan Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Negeri Perlis di Arked Niaga@business Point Wang Kelian Foto NSTP/AIZAT SHARIF




WANG KELIAN: Kerajaan sedang merangka satu mekanisme terbaik dalam melaksanakan subsidi bersasar terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan dalam memastikan ia dapat disalurkan kepada kumpulan atau golongan yang tepat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, langkah ini juga adalah sebagai mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap subsidi kerajaan.

"Subsidi ini sebenarnya adalah satu keperluan yang dibentuk oleh kerajaan untuk menyeimbangkan bebanan yang dirasai oleh golongan tertentu terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Jadi kita sedang mengkaji kaedah yang terbaik dalam hal ini dan ia tidaklah bermakna subsidi ini akan terus dilupuskan namun ia akan dilakukan secara bersasar.

"Pada waktu ini juga, kumpulan sasar ini akan kita kenal pasti siapa kerana jika dahulu ada pendapat mengatakan bahawa ia perlu mengikut pendapatan bulanan dan ada pula pendapat yang mengatakan bahawa ia perlu mengikut isi rumah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Hero Pengguna dan Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Negeri Perlis di Arked Niaga@Business Point Wang Kelian, di sini hari ini.

Katanya, subsidi bersasar ini sebenanrnya sudah pun dilaksanakan secara berperingkat menerusi sektor barangan dan pengangkutan menerusi subsidi elektrik dan petrol dan diesel.

"Ada sesetengah sudah dilaksanakan, seperti elektrik yang kita laksanakan secara bersasar dan begitu juga diesel pun sudah ada jadi sektor pengangkutan awam dan barangan ini sudah mempunyai kawalan tertentu.

"Malah, tidak lama lagi subsidi barangan keperluan lain juga akan dikaji semula kerana bukanlah kita hendak memansuhkan subsidi itu sehingga menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang tetapi kita mahu menjaga golongan sasar tertentu yang menghadapi bebanan kos sara hidup yang naik dan subsidi ini sampai ke tangan yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu subsidi yang dikeluarkan itu dinikmati oleh orang luar atau bukan warga negara ini.

"Kita tidak hendak melihat apabila subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan dinikmati oleh orang luar atau bukan rakyat negara ini kerana itu adalah tidak wajar dan ada juga rakyat tempatan yang menyeleweng subsidi yang dinikmati ini dengan melakukan kegiatan penyeludupan.

"Kita menilai satu mekanisme lebih baik dari segi urus tadbir dan tata kelola subsidi ini agar golongan yang disasarkan itu dapat menikmati subsidi yang diberikan itu," katanya.

Terdahulu, Azman turut meluangkan masa melakukan tinjauan mesra meninjau gerai jualan dibuka di kawasan berkenaan selain perniagaan yang dibuka di bangunan Arked Niaga itu yang sudah dinaiktaraf dan mula beroperasi sejak 26 Ogos lalu.

Sejak pembukaan semula Arked Niaga@Business Point Wang Kelian itu, ia berjaya merancakkan semula kegiatan ekonomi di kawasan itu yang sepi sejak 2016.

Selain itu, karnival Hero Pengguna ini adalah sebagai salah satu plaform dalam melahirkan pengguna bijak yang berinformasi kepenggunaan, tahu hak dan berani bertindak melalui saluran yang betul.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.063933 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list