CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2099|Reply: 0

[Perlis] Sumbang idea, pelaburan jayakan Tahun Melawat Perlis

[Copy link]
Post time 2-9-2023 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Sumbang idea, pelaburan jayakan Tahun Melawat Perlis


Oleh Ilah Hafiz Aziz - September 2, 2023 @ 4:15pm illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my




Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Hatyai.




KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan untuk menjayakan Kempen Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 melalui sumbangan berbentuk pelaburan dan idea baharu.

Baginda berkata, sumbangan itu bertujuan membangunkan industri perhotelan serta pengurusan pusat pelancongan bagi menampung jumlah permintaan yang semakin meningkat di Perlis, ketika ini.

Tuanku Syed Faizuddin juga berharap, forum Jaringan Industri Pelancongan Antara Negeri anjuran Pacific Asia Travel Association (PATA) Malaysia Chapter yang diadakan di Perlis, baru-baru ini mampu menyediakan platform untuk pengusaha industri pelancongan.

"Objektif utama untuk meneroka dan meningkatkan peluang perniagaan serta seterusnya industri pelancongan negeri Perlis ini bertambah maju, berdaya saing, mampan dan lebih cemerlang," titah baginda di sini hari ini.


Baginda menyempurnakan majlis pelancaran Promosi Makanan Perlis 'Kurma Daging Perlis' di Restoran Kaitod Decha, Hatyai, Thailand.

Baginda bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut hadir pada majlis penyerahan Sumbangan Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Dalam perkembangan itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, menasihati rakyat Malaysia yang ingin melawat ke Thailand agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan juga dokumen penting.



Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Foto BERNAMA


Katanya, rakyat Malaysia diingatkan untuk menyemak dan memastikan cop keluar sudah diberikan oleh pegawai Imigresen Thailand sebelum meninggalkan kaunter Imigresen.

"Terdapat banyak kes dilaporkan tiada cop keluar diberikan semasa di pintu sempadan dan jika ini berlaku rakyat Malaysia yang berkenaan perlu hadir semula ke pejabat Imigresen Thailand di pintu sempadan berkenaan untuk melengkapkan formaliti berkaitan.

"Jika tidak dilakukan, mereka akan dikenakan denda dan akan disenaraihitamkan daripada memasuki Thailand di masa hadapan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.057481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list