CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1233|Reply: 0

[Borneo] Tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan peringkat cadangan – Jakim

[Copy link]
Post time 2-9-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode


Cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Praperkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin.
PUTRAJAYA: Cadangan pelaksanaan tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan Islam selama 10 tahun bermula 1 Oktober depan seperti yang dilaporkan masih di peringkat pertimbangan, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jakim dalam satu kenyataan hari ini berkata, cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Praperkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin.

Jakim memaklumkan cadangan tersebut telah dibincangkan oleh jabatan itu bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

“Ia masih lagi dalam peringkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan,” kata Jakim.

Pada Rabu lepas, sebuah portal melaporkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, tempoh sah laku sijil kursus berkenaan yang berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) bagi tujuan permohonan Kebenaran Berkahwin JAWI adalah tidak melebihi tempoh 10 tahun.

Pada masa kini, sijil berkenaan sah dan laku seumur hidup. – Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064383 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list