CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6051|Reply: 17

Kifarah Nazar

[Copy link]
Post time 2-1-2011 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum w.b.r.,

Saya mohon penerangan drp sesapa yg boleh memberi keterangan tentang kifarah nazar.
Maksud saya, seseorang telah bernazar yg ada kaitannya dengan duit.  Disebabkan kelalaian, nazarnya tidak disempurnakan dan kini yg bernazar tak mampu lagi untuk menunaikan nazarnya.  Adakah cara lain yg boleh melepaskan dirinya drp menanggung dosa kerana tak tunaikan nazar.
Mohon dijelaskan, terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 11:26 AM | Show all posts
1.  bagi makan atau pakaian 10 orang fakir miskin (kadar kena semak dulu)

atau

2.  berpuasa 3 hari berturut-turut
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 06:46 PM | Show all posts
1.  bagi makan atau pakaian 10 orang fakir miskin (kadar kena semak dulu)

atau

2.  berpuasa 3  ...
kupia Post at 3-1-2011 11:26


Salam....

Apa da ente nih tetiba jer bagi hukum...ente tau ker apa yang dia nazarkan tuh....gelojoh tul ente nih.... tu la jgn 'asyik' berkawan dgn jin jer...

Kifarah : merosakkan ikrar dgn sengaja atau membatalkan janji dgn sengaja, atau membuat kerosakan dgn sengaja, atau melanggar rukun atau melakukan pembunuhan dgn tidak sengaja...

Nazar : ?? ( mintk ente jelaskan ckit bole kot? baru hukum jadi clear)
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 07:07 PM | Show all posts
kifarah nazar sama ngan kifarah sumpah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 07:53 PM | Show all posts
1.  bagi makan atau pakaian 10 orang fakir miskin (kadar kena semak dulu)

atau

2.  berpuasa 3  ...
kupia Post at 3-1-2011 11:26


Sabo yob..cer jangan gelojoh buat hukum...tengok dulu, sah ke batal nazar tu..


Syarat perkara yang dinazarkan

*Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang mendampingkan diri kepada Allah yang tidak tertentu atasnya.

*Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti sembahyang fardu.

*Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan tidak berwudu, minum arak dan lainnya.

*Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya bagi mereka yang takut mudarat atau takut luput hak, seperti nfkah keluarga.

*Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, brdiri atau duduk, sama ada nazar hendak melakukan perkara yang harus itu atau tidak mahu melakukannya.

*Apabila seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya nescaya dia tidak wajib membayar kafarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang dinazarkan, sekalipun pada perkara yang harus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 10:19 PM | Show all posts
Reply 3# salikin

Saya cobalah terangkan sedikit mengenai nazar yg tak dpt dilaksanakan.

Seseorang telah bernazar jika dia beroleh kejayaan dlm busnis, dia nak hantar ibunya mengerjakan umroh.
Akan tetapi nazar itu tidak ditunaikan sehinggalah kini dia tak berkemampuan lagi untuk membiayai pemergian ibunya ke Mekah.  Maka apakah kifarah nazar yg patut dia lakukan.
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2011 10:58 PM | Show all posts
Disebabkan kelalaian, nazarnya tidak disempurnakan dan kini yg bernazar tak mampu lagi untuk menunaikan nazarnya.  Adakah cara lain yg boleh melepaskan dirinya drp menanggung dosa kerana tak tunaikan nazar.
Mohon dijelaskan, terima kasih.

Seseorang telah bernazar jika dia beroleh kejayaan dlm busnis, dia nak hantar ibunya mengerjakan umroh.  Akan tetapi nazar itu tidak ditunaikan sehinggalah kini dia tak berkemampuan lagi untuk membiayai pemergian ibunya ke Mekah.  Maka apakah kifarah nazar yg patut dia lakukan.
Terima kasih.


taklah susah sangat nak faham soalan dia ya tak? dia dah tak berdaya lagi untuk meneruskan nazar.

dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kamu berjanji (maksud an Nahl: 91)

dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka maksud alHajj: 29

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarah (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa tidak mampu melakukan yang demikian, maka kaffarahnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarah sumpah-sumpahmu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar) (Al-Maidah: 89)

memberi makan 10 orang fakir miskin tak boleh kurang.  
1 orang lebih kurang 1.5kg beras
10 orang 15kg beras.
atau pakaian yang sama nilainya.  Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 01:20 AM | Show all posts
taklah susah sangat nak faham soalan dia ya tak? dia dah tak berdaya lagi untuk meneruskan n ...
kupia Post at 3-1-2011 22:58


aiseyman.....
hukum yg ente bg tu mengelirukan dan mukin org bole sesat....kalo tak tau tanya la...tula sebab aku kata ente gelojoh !!

Hukum yg ente bagi tu tentang sumpah yg sedara kita tanya tu nazar..ente faham tak...?

Sumpah dlm bahasa arob disebut 'yamin' yg artinya kanan, tangan kanan. Juga 'half', 'qasam' dll. disebut 'yamin' sebab janji memelihara sesautu spt tangan kanan...

sumpah mengikut syara' artinya menyungguhkan sesuatu dgn menyebut nama Allah atau sifat-sifatnya..

dibolekan bersumpah berdasarkan dalil Quran :

'laa yu-aakhidzukumu allaahu biallaghwi fii aymaanikum walaakin yu-aakhidzukum bimaa 'aqqadtumu al-aymaana'
"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja.." ( Al Maidah 89)

'wah fazhuu aimaanakum'
" Dan jagalah sumpahmu" ( Al Maidah 89)

'inna alladziina yasytaruuna bi'ahdi allaahi wa-aymaanihim tsamanan qaliilan...'
"Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit," ( Al Imran 77)

Kifarah Sumpah

1. memerdekakan  budak
2. berpuasa 3 hari berturut-turut
3. memberi makan 10 org fakir miskin

'fakaffaaratuhu ith'aamu 'asyarati masaakiina min awsathi maa tuth'imuuna ahliikum aw kiswatuhum aw tahriiru raqabah'
kaffarah (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba.(Al-Maidah: 89)

Tapi nazar berbeza hukumnya yop...

'yuufuuna bialnnadzri wayakhaafuuna yawman kaana syarruhu mustathiiraan'
"Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana."( Al Insaan 7)

"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat."( An Nahl 91)

Asbabun Nuzul : Ibnu Abu Hatim mengetengahkan sebuah hadis melalui Abu Bakar bin Abu Hafsh r.a. yang menceritakan bahwa ada seorang wanita yang dikenal dengan nama Saidah Al-Asadiyah; ia adalah wanita yang gila, pekerjaan sehari-harinya hanyalah mengumpulkan rambut dan serat-serat. Ayat berikut ini diturunkan berkenaan dengan sifat-sifatnya, yaitu, "Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpah (perjanjian) mu sebagai alat penipu di antaramu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain. Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu. Dan sesungguhnya di hari kiamat akan dijelaskan-Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan itu." (An-Nahl 92).

dan dlm riwayat lain ada seorg perempuan ni bernazar apabila dia selamat dlm mengarungi laut (naik kapal) maka dia akan berpuasa selama sebulan, akan tetapi dia tidak sempat melaksanakannya mati la plak.. Anaknya dtg kpd Rasulullah dan menanyakan hal itu. Rasulullah memerintahkannya (anak) melunaskan nazar ibunya itu dgn berpuasa selama 1 bulan...

ente faham ker nih...lain kali jgn gelojoh...kalo nk tunjuk pandai pon agak2 la.... kalo nk lebih jelas ente pi berguru ngan Ostad Harun Din...pastu suh dia rambeh jin asyik yg kacau ente tu ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2011 09:57 AM | Show all posts
aiseyman.....
dan dlm riwayat lain ada seorg perempuan ni bernazar apabila dia selamat dlm mengarungi laut (naik kapal) maka dia akan berpuasa selama sebulan, akan tetapi dia tidak sempat melaksanakannya mati la plak.. Anaknya dtg kpd Rasulullah dan menanyakan hal itu. Rasulullah memerintahkannya (anak) melunaskan nazar ibunya itu dgn berpuasa selama 1 bulan...
salikin Post at 4-1-2011 01:20


hanya ini sahaja yang enta sebut tentang nazar....

Yang paling utama sila JAWAB soalan tuan rumah.... jangan bagi dia pening kepala.

kalau al Maidah 89 itu bukan kafarah tentang nazar.... enta kata hukum itu salah - sila beri hukum yang betul dulu untuk menjawab kemusykilan tuan rumah...  

lepas tu kita boleh berhujah tentang sumpah dan nazar...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:20 AM | Show all posts
Nabi S.a.w pernah bersabda: “Kaffarah bagi nazar sama dengan kaffarah bagi sumpah.” (Sahih Muslim).
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:47 PM | Show all posts
Reply 6# nolya

Salam,

sori akak jgn marah ye...

Nazar terbahagi kepada 3 bahagian

1. Nazar Lajaj
Ia merupakan nazar yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah seperti dia berkata ketika dalam keadaan itu : ” Sekiranya aku bercakap dengan si pulan maka demi Allah atasku puasa sebulan”.

2. Nazar al-Mujazah ( Mukafaah )
Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu bergantung pada sesuatu yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia berbuat demikian bukannya ketika hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu berkata : “Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku akan bersedekah seekor kambing”.

3. Nazar Mutlak
Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan oleh seseorang bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya itu dengan sesuatu perkara yang lain dan juga bukan dilafaz ketika hilang pertimbangan diri kerana terlalu marah. Contohnya seseorang itu berkata : “Bagi Allah atasku puasa pada hari Khamis”.

Dipanggil juga nazar jenis kedua dan ketiga sebagai nazar kebajikan kerana orang yang bernazar itu berniat untuk berbuat kebajikan dan menghampirkan diri kepada Allah.

Hukum bagi setiap jenis nazar

1. Nazar Lajaj
Hukumnya bergantung kepada perkara yang dikaitkan dengannya iaitu apa yang dinazar. Jika ia boleh berlaku maka wajib atas orang yang bernazar itu untuk melaksanakan apa yang dinazarkan atau pun membayar kafarah sumpah. Dia dibolehkan untuk memilih antara keduanya kerana nazar jenis ini hampir sama dengan nazar dari sudut mewajibkan diri(mewajibkan berpuasa sebulan misalnya) dan menyerupai sumpah pada sudut keadaannya sebagai jalan ke arah menghalang daripada sesuatu(tidak mahu bercakap dengan si pulan misalnya).

Dalilnya adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada ‘Uqbah bin ‘Amir daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Kafarah nazar seperti kafarah sumpah.

2. Nazar al-Mujazah
Hukumnya ialah jika apa yang dikaitkan dengan apa yang dinazar berlaku seperti sembuh daripada penyakit maka dia diwajibkan untuk melaksanakan apa yang telah dinazar seperti sedekah seekor kambing. Dia tidak boleh menggantikannya dengan perkara lain.

Dalilnya sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 29 surah al-Haj : Dan kamu hendaklah menepati dengan janji Allah apabila kamu berjanji.
Maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Sayyidatina ‘Aishah: Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka taatilah akanNya.

3. Nazar Mutlak
Hukumnya ialah wajib ke atas orang bernazar untuk melaksanakan apa yang telah dinazarkan secara mutlak tanpa terikat pada sesuatu perkara.

Dalilnya adalah sebagaimana ayat 29 surah al-Haj sebagaimana disebut dalam nazar al-Mujazah di atas yang mana ia datang dengan dalil yang umum. Dia diharuskan untuk melewatkan pelaksanaan kepada apa yang telah dinazarkan sehinggalah dia merasakan bahawa dirinya sudah mampu untuk melaksanakannya seperti berpuasa pada hari Khamis.

Dia tidak boleh menukar nazarnya itu dengan kafarah sumpah kerana makna sumpah telah ternafi dengan nazar jenis ini.


semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu akak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:58 PM | Show all posts
Nabi S.a.w pernah bersabda: “Kaffarah bagi nazar sama dengan kaffarah bagi sumpah.” (Sahih Muslim) ...
bobok5015 Post at 4-1-2011 11:20


yang nih pon sabda nabi gak  

Sabda Rasulullah
Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ini lagi satu

"Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka Taatlah kepadaNya, sesiapa yang bernazar untuk menderhakainya maka janganlah dia derhakaiNya" (Sahih Bukhari: 6696)

dan ini...

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a :
Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata : “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan”.


bobok5015 maaflah kalo sy tulih ckit ye....dlm meletakkan satu2 hukum tu bkn bole main hamtam jer...memang bilamana kita melihat satu hadis nmpak memang jelas...tp sebagai org yg kurang ilmu kita kena bersandar pada ulama kerana mrk ini lebih mahir dlm menjernihkan hukum...

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:10 AM | Show all posts
hanya ini sahaja yang enta sebut tentang nazar....

Yang paling utama sila JAWAB soalan tuan rumah.... jangan bagi dia pening kepala.

kalau al Maidah 89 itu bukan kafarah tentang nazar.... enta kata hukum itu salah - sila beri hukum yang betul dulu untuk menjawab kemusykilan tuan rumah...  

lepas tu kita boleh berhujah tentang sumpah dan nazar...
kupia Post at 4-1-2011 09:57


Salam,

ente marah ker ? tula ente tak bagi penerangan pastu bagi hukum. tu sbb kita kata ente gelojoh ente tak caya..
soklan akak tuh teman dh tempekkn...(tapi itu teman kopipes dr kitab Tuan Guru ostad Haji Harun Din)

kita org tamau la berhujan ngan incik kopiah rasanya dh selesai....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 07:46 AM | Show all posts
Reply  salikin

Saya cobalah terangkan sedikit mengenai nazar yg tak dpt dilaksanakan.

Seseora ...
nolya Post at 3-1-2011 22:19


Ada persoalan,

Dia katakan nazar kalau bisnes berjaya, tapi kenapa tak mampu?  Adakah bisnes tak berjaya?
Ada tak dia berikan tempoh masa?  kalau tiada, maka, nazar tu boleh ditangguhkan.  Kalau ditakdirkan umur tak panjang, maka warisnya boleh tunaikan.  Kalau ibunya pulak umur tak panjang/uzur, boleh buat upah umrah.

Saya sebutkan ini atas dasar ilmu saya yang sedikit.  Boleh rujuk kepada ustaz.  Lagi satu, kalau semua nazar (janji) nak kira bayar kifarah, boleh jadi nanti di satu masa, nazar ni mainan janji.  Sebabnya, nak merdekakan hamba tu dah tak wujud zaman sekarang.  Yang boleh buat ialah puasa.  Nanti ada sorang kaya buat nazar nak bina rumah anak yatim terbesar di dunia, tapi last-last puasa 3 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 10:50 AM | Show all posts
nazar ni ada dua jenis, (secara mudahnya!) satu, nazar yg bertempoh, satu lagi, nazar yg tak bertempoh... contoh, nazar bertempoh... aku akan pergi umrah tahun ini kalau ... (apa2), maksudnya, dalam tahun ni juga, dia kena tunaikan nazarnya... kalau sampai masuk tahun 2012, dia kena kifarah nazar... nazar yg tak bertempoh, misalnya, aku akan pergi umrah kalau ... (apa2) (tak sebut tempoh masa)... kalau begini, nazar tsb tak ada due date selagi tak ditunaikan...

kalau dlm kes yang ditanyakan oleh tt... dia nazar nak bawa emak dia pergi umrah kalau berjaya dlm bisnes... yg ni nampak macam nazar tak bertempoh... nazar tu dah betul dah, cuma, makusd berjaya dlm bisnes tu... bersifat subjektif... tak ada ukuran!... macam mana yg kata berjaya dlm bisnes... patut buatlah nazar pd perkara yg bersifat objektif... contoh, kalau berjaya dpt tender A... kan mudahkan kita juga, sebab senang kita nak ingat dgn nazar yg dibuat! eloklah dipinda sebab nazar tu kpd yg lebih bersifat objektif.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 03:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 5-1-2011 15:11
Salam,

ente marah ker ? tula ente tak bagi penerangan pastu bagi hukum. tu sbb kita kata ente gelojoh ente tak caya..
soklan akak tuh teman dh tempekkn...(tapi itu teman kopipes dr kitab Tuan Guru ostad Haji Harun Din)

kita org tamau la berhujan ngan incik kopiah rasanya dh selesai....
salikin Post at 5-1-2011 00:10


ana tidak pernah marah sama enta la....

betul jugak apa kata tokwan jantan di atas....
sipolan bernazar untuk menghantar ibunya menunaikan umrah sekirannya dia berjaya maju dalam dalam perniagaannya...
maju dalam perniagaan ini pun sesuatu yang subjektif untuk diukur tahap yang dikatakan maju...

sikiranya ukuran perniagaannya dianggap sebagai masih tidak maju maka dia tidak perlu membayar kafarah kerana dia masih tidak melanggar sumpah nazarnya... betul tak...

ini nazar yang tidak ditetapkan tempoh waktunya masih boleh dilaksanakan jika ada kemampuan kelak selama ibunya masih hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2011 10:34 AM | Show all posts
Ada persoalan,

Saya sebutkan ini atas dasar ilmu saya yang sedikit.  Boleh rujuk kepada ustaz.  Lagi satu, kalau semua nazar (janji) nak kira bayar kifarah, boleh jadi nanti di satu masa, nazar ni mainan janji.  Sebabnya, nak merdekakan hamba tu dah tak wujud zaman sekarang.  Yang boleh buat ialah puasa.  Nanti ada sorang kaya buat nazar nak bina rumah anak yatim terbesar di dunia, tapi last-last puasa 3 hari.
ibnur Post at 5-1-2011 07:46


Salam Syeikh,

kalo mcm nilah huraiannya teman amat setuju bebenaor....kan dh nampak hukum makin jernih....

(nampaknya syeikh perli kita org arrrrr....)
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 10:46 AM | Show all posts
ana tidak pernah marah sama enta la....

betul jugak apa kata tokwan jantan di atas....
sip ...
kupia Post at 5-1-2011 15:09


Salam Syeikh Kopiah,

Betoi ka ente tarak marah? mayak terima kasih la.....

Teman nk mintak maap byk2la sbb kalo bg ente marah....maap sekali lagi hukum yg tok wan tulihkan tu pon teman tak setuju tapi malas nk komen nti org marah ler plak 'asyik' komen jer ye dak? anyway teman ucapkan terima kasih krn bersabor dgn keranah kami nih yg gemor mengusik ente....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.081697 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list