CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3106|Reply: 1

[Perlis] Mini Putrajaya Perlis bermandi cahaya sambut Hari Kebangsaan

[Copy link]
Post time 31-8-2023 01:02 AM | Show all posts |Read mode
Mini Putrajaya Perlis bermandi cahaya sambut Hari Kebangsaan


Ogos 31, 2023 @ 12:37am



Sebahagian daripada 59 kontinjen membabitkan kakitangan awam dan swasta, institusi pengajian tinggi awam, sekolah serta badan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Perlis di Kompleks DUN Perlis, malam ini. - FOTO BERNAMA



KANGAR: Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, malam ini bermandikan cahaya lampu berwarna-warni bagi memeriahkan sambutan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri.

Lebih 20,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan itu yang buat julung kali diadakan di kompleks berkenaan yang lebih dikenali dalam kalangan masyarakat setempat sebagai 'Mini Putrajaya Perlis'.

Sambutan disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan barisan exco kerajaan negeri.

Sambutan bermula dengan persembahan nyanyian artis tempatan seperti Ezad Lazim, Brand Band daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Arau dan koir Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis.

Pengunjung seterusnya disajikan dengan persembahan kebudayaan seni bela diri daripada Jabatan Belia dan Sukan serta tarian perang oleh anggota Batalion Ketiga dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Sebagai kelainan, buat julung kali pengunjung berpeluang menyaksikan pertunjukan cahaya dron, serta perarakan berkuda diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (pembangunan) Rusdi Yahya yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Sebanyak 59 kontinjen membabitkan kakitangan awam dan swasta, institusi pengajian awam, sekolah serta badan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian dalam perarakan itu.

Sambutan diakhiri dengan dengan persembahan bunga api dan tujuh kali laungan merdeka. – BERNAMA







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2023 01:04 AM | Show all posts

Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2023 peringkat Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis hari ini. Turut bersama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli. - Foto Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048139 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list