View: 3191|Reply: 2
|
'Saya Masih Solo' - Siti Nordiana Tepis Dakwaan Dah Kahwin, Bukan Senang Nak Cari Jodoh
[Copy link]
|
|
Khabar angin mendakwa penyanyi dan pelakon Siti Nordiana sudah berkahwin ditepis tuan empunya.
Ketika ditemui OhBulan!, Siti Nordiana atau Nana menjelaskan dirinya masih solo sebagai sebagai ibu tunggal kepada seorang anak.
IG
"Keinginan itu mestilah ada, sebagai manusia biasa. Tapi bukan sekarang atau dalam masa terdekat.
"Sekarang tidak mengenali sesiapa pun. Minta semua orang doakan juga saya," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Gegar Vaganza di DADI Cinema, pada Selasa.
Berkongsi mengenai kriteria yang dicari pada bakal pasangan hidup, Nana berkaya, dia mencari lelaki yang boleh memahami dan bertolak ansur dengan dirinya.
"Sebab itu untuk berkahwin lagi ini mengambil masa yang agak lama. Bukan senang nak cari jodoh yang tepat untuk saya.
"Yang cuba mendekati saya tidak perasan, mungkin ada yang cuba mendekati," katanya.
IG
Rumah tangga yang dibina dengan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 2006 tidak bertahan lama apabila mereka berpisah selepas tiga tahun berkongsi hidup.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 15 tahun. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Yang rumours pasal dia dgn manager dia tu, caner lak |
|
|
|
|
|
|
|
gudluck nana di GVX
kali ni bkn sbg penyanyi undangan yg sering dikutuk hauk, rosak persembahan peserta
kali ni dia ke depan
tp nk tgk dia duet dgn lan solo mgu duet nnt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|