CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1638|Reply: 0

[Perlis] Pek makanan retort untuk mangsa di PPS

[Copy link]
Post time 30-8-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Shukri (dua dari kiri) bersama Ku Chik (dua dari kanan) menunjukkan pek makanan retort. FOTO AIZAT SHARIF

Kangar: Penyediaan pek makanan retort kini diperluaskan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis sekiranya berlaku bencana seperti banjir bagi memastikan mangsa mendapat makanan seawal mungkin sebaik mereka ditempat masuk ke PPS.

Pek makanan retort adalah adalah kaedah pembungkusan makanan yang membenarkan pensterilan pelbagai makanan dan minuman, seterusnya menjamin ketahanan jangka hayat makanan untuk satu tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis Ku Chik Ku Mat Esa berkata, sebelum ini, di PPS, penyediaan makanan bermasak disediakan secara gotong-royong.

"Pek makanan retort ini boleh dipanaskan dan terus dimakan. Fokus kita adalah untuk memastikan mangsa yang ditempatkan di PPS menerima makanan pada tempoh 12 jam pertama selepas mereka ditempatkan di PPS berkaitan.

"Ini kerana, dalam tempoh 12 jam itu, ia adalah waktu puncak bagi petugas JKM untuk menguruskan pendaftaran mangsa seterusnya tidak mampu untuk menyediakan makanan secara bergotong royong dalam tempoh cepat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) JKM Negeri Perlis Tahun 2023 di Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai, Kuala Perlis di sini.

Turut hadir Menteri Besar Mohd Shukri Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Bantuan Bencana Negeri Perlis Wan Badariah Wan Saad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah.

"Kita turut melatih petugas dan sukarelawan berkaitan pek makanan retort ini malah Jabatan Kesihatan Negeri juga membantu memastikan mangsa di PPS tidak mendapat sebarang jangkitan atau keracunan menerusi pek makanan itu," katanya.

Ku Chik berkata, JKM Negeri Perlis mempunyai bekalan pek makanan retort yang mencukupi untuk menampung 28,000 mangsa di kesemua 22 PPS di 15 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri itu.

Sementara itu, Mohd Shukri dalam ucapannya memberitahu, Kerajaan Negeri Perlis memperuntukkan bajet bantuan bencana tahunan di bawah JKM Negeri Perlis berjumlah RM485,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... untuk-mangsa-di-pps

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055230 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list