CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1583|Reply: 0

Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon

[Copy link]
Post time 30-8-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode

PAN Gon berkata perlawanan di tempat lawan berbeza dari segi keadaan, penyokong dan segala-galanya. FOTO Bernama

Petaling Jaya: Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu, China, pada 6 dan 9 September ini.

Ketua jurulatihnya, Kim Pan Gon berkata aksi away (tempat lawan) berdepan dua pasukan di ranking 100 terbaik dunia itu perlu disudahi dengan kemenangan bagi menilai keampuhan skuad kendaliannya menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 yang bermula November ini.

"Beraksi di laman sendiri, kami hanya tewas sekali kepada Bahrain tetapi apabila bermain di tempat lawan, kami tewas kepada Vietnam dan Thailand. Perlawanan di tempat lawan berbeza dari segi keadaan, penyokong dan segala-galanya.

"Kami akan menghadapi Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di tempat sendiri dan tempat lawan dan juga perlawanan di tempat lawan adalah sangat penting termasuk semua perlawanan Piala Asia tahun depan di tempat lawan. Ia bagus untuk kami dan akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman bermain dengan pasukan lain di tempat lawan," katanya.

Pan Gon berkata demikian semasa ditemui pada hari pertama sesi latihan rasmi Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini hari ini.

Sebelum ini, skuad negara mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) namun kesemua aksi tersebut diadakan dalam negara.

Pada perlawanan itu, Malaysia mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 masing-masing di Johor pada Mac, sebelum menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 masing-masing di Terengganu pada Jun lepas.

Terdahulu, pada sesi latihan pertama tersebut menyaksikan FAM telah memanggil penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Azri Ab Ghani yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia untuk melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan.

Keputusan memanggil Azri bagi adalah bagi menggantikan tempat penjaga gol Sabah FC, Damien Lim yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.

Sementara seorang lagi pemain iaitu pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Hong Wan juga tidak dapat menyertai kem latihan pusat selepas turut disahkan mengalami kecederaan namun tiada sebarang penggantian pemain bagi mengisi tempat pemain itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... awanan-away-pan-gon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.045446 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list