View: 7575|Reply: 73
|
Intan Najuwa Dah Tak Nak Pegang-Pegang Pelakon Lelaki, "Saya Letakkan Batasan Walau Suami Tak Halang"
[Copy link]
|
|
Bukan sebab harta semata-mata, Intan Najuwa kata takdirlah yang menentukan siapa lelaki menjadi pasangan hidupnya sama ada ahli perniagaan, orang bergelar Datuk atau yang lain-lain.
“Saya baca komen-komen (di media sosial) itu. Ada orang cakap saya kahwin sebab duit; ini sangat normal bagi saya sebab orang akan sentiasa bercakap, tapi yang lalui kehidupan itu adalah (saya) sendiri.
Foto: IG
"Susah atau senang, semua kita telan sendiri. Siapa saya nak pertikai jodoh?
"Kita memang boleh merancang, tapi jodoh, pertemuan dan maut tetap di tangan Tuhan. Kita bukan boleh paksa siapa jodoh kita sebab paksa macam mana sekalipun, yang tentukan Allah jua," katanya kepada Malaysia Kini.
Tambahnya sama ada perkara baik atau buruk, akan ada orang bercakap mengenainya.
“Apabila kita buat baik orang tetap bercakap, kalau buat yang tak baik, lagilah orang bercakap."
Terdahulu, selain berstatus Datuk dan usahawan, pernikahan Intan Najuwa dengan Ahmad Asraf Azman mengundang perhatian ramai serta mencetus polemik di media sosial.
Pernikahan mereka berlangsung di sebuah hotel mewah di Johor Bahru pada 18 Ogos lalu.
Untuk rekod, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.
Segelintir netizen mendakwa Intan memilih untuk menamatkan zaman solonya disebabkan kekayaan Ahmad Asraf.
Namun, segelintir yang lain pula berpendapat, tidak salah sekiranya dia memilih seseorang yang berharta kerana mereka sekufu (setaraf).
Sementara itu diminta mengulas batasannya sebagai pelakon selepas bergelar isteri dan mengelak kontroversi pernah terpalit ke atas dirinya sebelum ini, Intan Najuwa berkata, dia akan cuba memastikan perkara itu tidak berulang.
Menurut Intan Najuwa, sekiranya pihak produksi meminta dia melakukan sesuatu di luar batasan, dia terpaksa “bersuara” walaupun setakat ini suaminya tidak pernah membangkitkan isu tersebut atau meletakkan sebarang kekangan.
“Ya, kami baru berkahwin, tapi saya sebagai isteri kena faham dan letak batasan.
“Saya sendiri akan bersuara sekiranya ada pengarah atau produksi meminta yang bukan-bukan sebelum suami bersuara,” katanya.
Sebelum ini tular imej mesra Intan dan pelakon Zul Ariffin di sebuah pantai dipercayai lokasi penggambaran drama mereka bersama.
Bagaimanapun, pengarah Osman Ali menafikan ia sebahagian daripada gimik promosi bagi melariskan drama tersebut. -CARI
Sumber: Malaysia Kini
|
|
|
|
|
|
|
|
Gmbr baju putih tu husband nye mmg x nk trim rambut ke hape? |
|
|
|
|
|
|
|
Bgs la dia sdr diri dia isteri org. Tkde la nti acik porum meroyan tgk dia feluk2 jntan lain dlm drma |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia ni pakai wig ke, tanam rambut ke, rambut botak sauk ke depan ke macamana eh? kenapa dia tak rasa serabai nak mampos masa majlis kahwin sendiri dengan rambut gitu eh? sebab bukannya heshe tua sangat sampai 45-60 pun, heshe belum 40 pun kan... dengan berpeluh basah lencun gitu... meols pun kuat peluh gak, tapi pakai la inner uniqlo ke, bukan mahal pun, pastu mekap yang mmg tahan peluh, hairspray yang anti-badai..taufan pun ada... sayang la majlis buat grand, tapi penampilan tak jaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat forum ni tak kecoh sangat pertikai pasal mata duitan tu, lebih kepada mempersoal umur laki hang |
|
|
|
|
|
|
|
Kat forum ni tak kecoh sangat pertikai pasal mata duitan tu, lebih kepada mempersoal umur laki hang |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tahu org menuduh dia kawin sbb duit.. dia pon x nafikan mende tu |
|
|
|
|
|
|
|
Intan dgn Idris khan berlakon mmg chemistry habis... Dia kahwin dgn sapa sebab apa tak kisah asal bukan sondol. Laki dia pakai wig ke nampak tua ke itu semua tak kisah. Yg penting tiada ke barley masih isteri org ...baru sakit dah kutip derma live hari2 minta doaderma pastu buang kawan konon kawan toxic dan pengosip...pastu launch biz konon nak tolong org buat duit...poyo
Baguslah lepas intan kahwin org hanya pertikai umur dan rupa ..bukan sebab minta sponsor dan derma . Umur tu kira jodoh rupa tu buatan Allah...who cares |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah orang berduit nak dia , kang dia tak terima, acit porum juga suh cari yang berjenih |
|
|
|
|
|
|
|
tomaz replied at 30-8-2023 10:57 AM
Dia tahu org menuduh dia kawin sbb duit.. dia pon x nafikan mende tu
Pergi MAMPUS orang2 yang menuduh dia kahwin sebabkan duit. Dia hidup atas dasar orang ke. Netizen2 itu ke yang akan menanggung dia, duit? Bodoh netizen2 ini.
Menuduh sebab tak de higher chance kot dpt lelaki kaya. Dasar bodoh! Kalau orka nak depa pun, ntah2 terus on. |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 30-8-2023 10:39 AM
laki dia ni pakai wig ke, tanam rambut ke, rambut botak sauk ke depan ke macamana eh? kenapa dia tak ...
Aku ada soalan boleh ke tanam rambut kat dahi? Kalau mata dahi luas, kau tanam rambut depan sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Muke suami dia mcm vokalis hyperact versi muda sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Elok je rupa paras & rambut laki dia irl. Masa kahwin je nampak buruk. Nervous & berpeluh teruk agaknya terus nampak serabai |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 30-8-2023 11:44 AM
Pergi MAMPUS orang2 yang menuduh dia kahwin sebabkan duit. Dia hidup atas dasar orang ke. Netizen2 ...
Dia bijok tula.. sbb dia tahu cara hidup dia mcm mana.. xde berpura2 |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar bawah sekali tu muka real ke cane.....dua2 nampak x ok... |
|
|
|
|
|
|
|
tomaz replied at 30-8-2023 12:30 PM
Dia bijok tula.. sbb dia tahu cara hidup dia mcm mana.. xde berpura2
tulaaaa tu.. konon yang tak mau lelaki orka, hidup alih2 serabai. Kena cari duit mcm2 |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 30-8-2023 12:36 PM
tulaaaa tu.. konon yang tak mau lelaki orka, hidup alih2 serabai. Kena cari duit mcm2
Pastu merempan laki semua biawak.. dah ko yg pilih misikin hadap la.. last2 jaki org lain kawin orka |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pakai songket ni dia nampak lawa. Laki pun tak nampak umur 50an. |
|
|
|
|
|
|
|
Comel betul si intan ni, si laki pun comel versi apak2..duit pun berkepuk, dr hensem + muda tapi poyo n miskin, merana jg badan...oklah tu sepadan dr kebas laki org ye dok..gud luck intan! |
|
|
|
|
|
|
| |
|