CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11881|Reply: 165

Inkues Baby Syifaa: Yuseri Tidak Puas Hati Siasatan Pegawai Penyiasat

[Copy link]
Post time 29-8-2023 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Yuseri Yussof, 40, bapa kepada Nour Rania Asyifaa atau dikenali Baby Syifaa, memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, motif anaknya dibunuh berkemungkinan berpunca daripada bayi itu meragam.


Bagaimanapun, saksi ke-25 itu memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah menyebut perkataan 'bunuh' yang merujuk kepada apa yang berlaku kepada anaknya itu.


Peguam Gaithri Thomas yang menyoal mengapa Yuseri memaklumkan bahawa dia percaya Baby Syifaa dibunuh dalam satu laporan polis, Yuseri berkata, perkataan 'bunuh' buat pertama kalinya dibangkitkan Pegawai Penyiasat (IO), Inspektor M Thinagaran.


YUSERI ketika hadir pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Baby Syifa. FOTO Azrul Edham




"Saya tidak pernah sebut (Baby Syifaa dibunuh). Lepas Inspektor Thinagaran hubungi saya, waktu itu pagi. Thinagaran hubungi beritahu pasal kes ini, dia minta saya bertenang, kita akan mendapat keadilan.


"Dalam perbualan itu, Thinagaran tanya, betul ke pekerja taska yang bunuh baby (Baby Syifa)? Saya tak pernah sebut (perkataan bunuh)," katanya di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.


Yuseri menegaskan dia juga tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dilakukan IO kes itu yang didapati terdapat banyak kelemahan selepas dia merujuk kes itu kepada bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Makmal Forensik Bukit Aman Amidon Anan.


"Selain itu pakaian mangsa yang dipakai pada hari kejadian yang ditinggalkan dan paling ketara dia mengabaikan kesan kecederaan pada tubuh mangsa.


"Terdapat satu kuku jari kaki tercabut yang IO tak pernah beri penerangan dan garisan lurus yang dikatakan kononnya disebabkan jerutan buai. Tapi garisannya terlalu kemas. Kemudian ada di pipi dua tanda kuku dan selain bibir kebiruan, " katanya.


Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Peguam Hafiz Norkhan yang bertanya mengapa Yuseri tidak berpuas hati dengan siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat terbabit.


Jelas Yuseri, kesan jerutan pada leher anaknya itu juga terlalu kemas dan secara logiknya jika bayi terjerut kuat, dia akan meronta malah perkara berkenaan turut diberitahu Amidon yang kesan itu mungkin perbuatan yang disengajakan dan agak mustahil disebabkan jerutan buaian.


"Beliau beritahu potensi (kesan jerutan) itu daripada wayar, kabel atau tali... Tapi lebih kepada kabel kerana ia kemas," katanya.


Pada prosiding itu Yuseri turut menjelaskan kepada mahkamah yang beliau mengambil tindakan lanjut terhadap kes terbabit kerana mendapati tiada apa-apa tindakan selepas 33 hari kematian anaknya.


"Bagi saya kes ini mudah saja. Ibu bapa hantar anak dan meninggal di taska yang sepatutnya boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.


"Sedangkan anak yang tersedak susu pun ibu bapa kena reman. Apa istimewanya pengasuh ini? Bila timbul banyak percanggahan yang dikeluarkan oleh IO, saya terpaksa cari rujukan lain," katanya.


Di akhir prosiding, mahkamah menetapkan 15 September ini untuk mendapatkan butiran saksi baharu yang akan dipanggil pada prosiding 8 dan 9 November ini.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni idola Rita Rudaini. Iols kenal dia sbb Rita selalu post pasal dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X: Ni idola Rita Rudaini. Iols ke ...

Geng2 antivax depa ni kan..
Itu yg bersungguh kata ank dia kena bunuh sbb dia lantang sgt lawan vaksin..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 29-8-2023 09:49 PM
Geng2 antivax depa ni kan..
Itu yg bersungguh kata ank dia kena bunuh sbb dia lantang sgt lawan vak ...

Cara dia cakap sbb menentang sebuah kuasa rahsia di balik tabir
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnya kalau kita ada keraguan ngan keupayaan IO kes kita, contoh macam kes yuseri ni, boleh minta tukar IO ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:15 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 29-8-2023 10:24 PM
Cara dia cakap sbb menentang sebuah kuasa rahsia di balik tabir

ala2 tak silap heols speku ada geng2 pemakan adenochrome gitu kan? yang terlibat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak budak ni macam sesuatu jer.
Malas nak follow kes ni sbb bapaknya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 07:39 AM | Show all posts
siann aku tgk dia.. aku rasa kes ni simple kot. kalau sbb kecuaian pengasuh, caj la pengasuh tu under kecuaian. ni xde ape2 tindakan pon kat pengasuh tu.. bebas mcm tu je.. padahal baby meninggal ni..pihak berkuasa senyap sunyi je kes ni.. bapak syifa tu la yg turun naik turun naik nk dptkan keadilan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Cube nk kesian.. Tp kalau tgk perangai n bahasa bapak dia... Ermmmm.. Tak jadi nk kesian sgt. Sukati ko la labu. Kdg2 kita mak ayah kene jaga2 jgk. Tak berbaloi sampai anak terkorban sbb dek perangai kita
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 09:59 AM | Show all posts
meols harap ada keadilan di pihak arwah adik syifa.....walaupun bapaknya so rengsek..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 10:05 AM | Show all posts
mcm complicated kes dia ni kan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku malas nk bukak benang baru...cuma nk tau betul ke mamat YY ni dah scam ramai duit org dekat ratus ribu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 2-11-2023 06:30 PM
Aku malas nk bukak benang baru...cuma nk tau betul ke mamat YY ni dah scam ramai duit org dekat ratu ...

Bukak la uols benang baru huhu
Iols pun baru baca kat fb mangsa
Pastu nampak aliff ahmad pun ada sebut pasal ni kat fb dia
Iols ni takleh nk bukak fb sangat kena install unistall tah napa tepon iols nih

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh alih-alih dia kata dia tak sebut anak dia 'dibunuh'? Yang dia dok pongpang selama ni dekat FB tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
nurul_akmar replied at 29-8-2023 11:39 PM
siann aku tgk dia.. aku rasa kes ni simple kot. kalau sbb kecuaian pengasuh, caj la pengasuh tu unde ...

Nampak simple, tapi tak simple.

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Go Yuseri Go!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 2-11-2023 10:30 AM
Aku malas nk bukak benang baru...cuma nk tau betul ke mamat YY ni dah scam ramai duit org dekat ratu ...

Karakter assassination ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
straycat replied at 2-11-2023 11:47 AM
Eh alih-alih dia kata dia tak sebut anak dia 'dibunuh'? Yang dia dok pongpang selama ni dekat FB tu  ...

Yang dia maksudkan dalam soal jawab di atas tu, perbualan dia dengan IO bernama Thinagaran.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-11-2023 12:07 AM
Karakter assassination ke ni?

Xpasti la sbb ramai pulak yg muncul kat fb gtau jadi mangsa scam yy bab duit la. Siap ada dorg tunjuk bukti wassup n resit transfer online. Aku masuk Link telegram ni tu yg tau rmaai ngadu

https://t.me/wewatchyou
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia..merata dia Cari keadilan untuk anak dia..dulu masa zaman vaksin aku follow telegram dia..memang lantang.. Aku pun tak berapa suka Cara cakap dia..kasar. lepastu aku dah tak follow..
Semoga ada keadilan untuk anak heols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.164097 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list