CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3290|Reply: 6

Mahathir Kata Larangan 3R Terlalu Umum "Apakah Kalau Saya Kata Saya Orang Melayu Maka Ia Mengancam Keselamatan Negara?"

[Copy link]
Post time 29-8-2023 07:11 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA:  Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, larangan terhadap isu agama, raja dan bangsa (3R) adalah terlalu umum dan tidak dijelaskan kenapa dan bagaimana ia boleh mengancam keselamatan negara.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan tidak berhak membuat sebarang larangan melainkan ia berkaitan dengan keselamatan negara.


Foto: Utusan




“Apakah kalau saya kata ‘saya orang Melayu’ maka ia mengancam keselamatan negara. Jika saya kata ‘orang Melayu menghadapi masalah’ maka saya dianggap sebagai pemberontak yang polis perlu soal saya.


“Saya kata saya beragama Islam, maka ini juga melanggar arahan Perdana Menteri. Kalau saya salah maka Perlembagaan juga salah kerana Perlembagaan menyebut ‘Islam’ sebagai agama rasmi Malaysia.


“Salahkah kalau saya kata kita punyai ‘Raja Berperlembagaan’?, Soalnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.


Beliau berkata, larangan yang dibuat terlalu umum sehingga rakyat takut dipersalahkan apabila menggunakan perkataan bangsa, agama dan raja bahkan dakwanya, polis turut mengekori penceramah seolah-olah hendak menahan mereka.


Tegasnya, semua tindakan kerajaan mempunyai cara dan undang-undang yang perlu diikuti bahkan tiada sesiapa boleh bertindak secara suka hati termasuklah Perdana Menteri sendiri.


“Ini tidak sihat. Rakyat berhak bercakap berkenaan masalah mereka. Apa gunanya pilihan raya jika masalah rakyat tidak boleh disuarakan oleh rakyat dan oleh calon yang berjuang untuk rakyat.


“Apa hak Perdana Menteri membuat larangan. Negara ditadbir mengikut undang-undang. Tiap suatu yang hendak diperbuat oleh kerajaan ada caranya. Kita punyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


“Ada cara tertentu untuk melulus undang-undang. Perdana Menteri bukan bebas untuk membuat undang-undang. Polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga tidak bebas bertindak sesuka hati,” katanya.


Beliau juga mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang disifatkan secara tiba-tiba merampas hak rakyat dan hak parti politik untuk bercakap dalam isu membabitkan 3R.


“Cuma pemerintahan kuku besi sahaja yang memberi kuasa tanpa had kepada pemerintah. Sudahkah kita sampai ke peringkat itu?


“Itu soalannya. Lebih-lebih lagi pelakunya ialah seorang reformis yang kononnya menolak cara pemerintahan kuku besi,” katanya. – CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Rehatlah tun m..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe tun m.
Pasni lepas paknon( pee esh) tumbang nanti,
kerajaan baru akan buat benda yg sama mcm 3R ni. So kita tgk la siapa yg kuyup..
X lama daaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Reporter ni memang recycle pict sama je ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:56 PM | Show all posts
dah la Tun. dah x payah komen dah. sekarang ni rehat jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun dh kena siasat pun......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2023 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus tun. org muda dr tun pun tak terpikir hal ni. bagus tun. berpolitik lah sampai mati sbb tun mmg dilahirkan utk menjadi org politik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.049562 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list