Seorang ibu tergamak membuang bayi sendiri ke dalam tong sampah sejurus selepas melahirkannya.
Bayi malang tersebut dilahirkan ketika ibunya berada di dalam lif sebuah bangunan kediaman di China.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita terbabit yang didakwa sedang bercuti di Chongqing, memasuki lif dengan membawa beg pakaian pada 21 Ogos.
Foto: AsiaOne
Dia memakai overall dan membongkok di sudut dalam lif tersebut sebelum mengeluarkan bayi dari bahagian bawah pakaiannya.
Wanita itu kemudian menggunakan kertas tisu untuk mengelap darah bayi, kasutnya dan lantai lif seperti dilaporkan akhbar China Huanqiu.com pada hari Sabtu.
Selepas lif berhenti, wanita itu keluar dan membuang bayi itu ke dalam tong sampah lobi malah menggunakan kertas tisu untuk menyembunyikan bayi baru lahir itu.
Pun begitu, perbuatannya disedari seorang lelaki warga emas, yang kebetulan berada di lobi berkenaan.
Dia yang menyedari kelakuan aneh wanita terbabit kemudiannya melihat ke dalam tong sampah.
Pada malam itu, bayi yang masih hidup itu ditemui oleh penduduk, yang menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan sebelum membawanya ke hospital.
Seorang kakitangan hospital, yang tidak dikenali, dipetik oleh Huanqiu sebagai berkata bahawa bayi itu dibenarkan keluar beberapa hari kemudian dan kini kembali bersama wanita itu dan pasangannya. - CARI
Post time 29-8-2023 04:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mudahnya beranak ...aku ni sampai kena induce sebab x de rasa sakit tapi dah terlebih seminggu kemudian doktor suggest epidural kemudian x boleh2 keluar normal, doktor suggest bedah pulak...
Post time 30-8-2023 12:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mcm mana dia boleh beranak senang mcm tu? Aku baru beranak 18 hari lepas.. abis push terus tdo.. anak terus tolak dlm nursery.. nak ke toilet pon laki pimpin..