CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 7

Netizen Berang Lihat Pelajar Pondok Dipaksa Hancurkan Telefon Depan Guru

[Copy link]
Post time 29-8-2023 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar di Indonesia yang kantoi membawa telefon bimbitnya ke sekolah, dipaksa memusnahkan peranti itu menggunakan tukul.


Video kejadian dimuat naik dalam akaun Twitter (kini X) @sosmedkeras itu menunjukkan beberapa pelajar sebuah sekolah pondok diarah berkumpul di hadapan guru selepas sebilangan mereka ditangkap membawa telefon ke sekolah.




Pelajar itu berkali-kali memukul telefon tersebut sebelum serpihannya berkecai di atas tanah. - Twitter




Salah seorang pelajar perempuan kemudian diarah supaya memusnahkan telefon bimbitnya menggunakan tukul di hadapan pelajar lain.


Dia memukul telefon itu berkali-kali sehingga ia berkecai di atas tanah.


Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.







“Ini tidak sepatutnya berlaku. Telefon itu perlu dikembalikan kepada ibu bapanya bukannya dimusnahkan sebegitu,” kata seorang netizen.


“Telefon dibeli menggunakan wang, jika hukumannya begini, sama sahaja seperti mengajar mereka untuk tidak menghargai wang,” komen netizen lain.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 08:43 AM | Show all posts
Biasalah taliban
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila buat suatu undang2 ikut hati tak ikut hukum sepatutnya gitu la jdnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 08:57 AM | Show all posts
hmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 09:01 AM | Show all posts
ni mesti tak bagi tengok tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 09:03 AM | Show all posts
cerita kat indon jgk yang kau jaja dlm thread CI ya Cari Mal! dah la cerita lapok! LAPOK! Dah pernah ada kut dlm forum ni. sapa la disebalik Cari Mal ni aku jijik benor nengoknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2023 09:15 AM | Show all posts
jdkan pengajaran kat sini,yg pelajar ikutlah peraturan dan bagi pendidik jgn la ajar pembaziran,barang boleh dirampas dan diserah pada parent
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp aiol ada sofsepot sikit dkt Cari Mal ni. Berita caprut yindon gini yg menangkis berita sis fiskis yg acah2 dkt sana tu serba serbi terjaga, elok2 belaka. Yg dkt sini mcm buruk Sgt. Tp hadap juga nak tinggal menetap & harap anak jd warga sini kaedahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.473121 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list