CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 0

Tiga Wanita Singapura Maut Kemalangan

[Copy link]
Post time 28-8-2023 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Kota Tinggi: Tiga wanita warga Singapura maut apabila kereta Honda Freed dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Ladang Cenas, Bandar Tenggara, petang tadi.


Kejadian pukul 1.52 petang itu menyebabkan Toh Poh Kian, 56, Soon Moh Tan, 61, dan Wong Lan Yew, 61, maut di lokasi kejadian.


KEADAAN kereta Honda Freed dinaiki tiga warga Singapura yang maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Ladang Cenas, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.




Pemandu kereta, Ong Cheow Lam, 59, juga warganegara Singapura dan pemandu lori warga tempatan terselamat dalam kejadian itu.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Norul Fazudin Shafie berkata, seramai enam anggota dengan dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kemalangan itu.


“Kemalangan membabitkan kereta Honda Freed dengan sebuah lori jenis Roll On Roll Off (RORO).


“Tiga penumpang kereta berkenaan, iaitu seorang wanita berusia 56 tahun dan dua wanita warga emas masing-masing berusia 61 tahun parah serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.


Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.


Operasi tamat pada pukul 2.35 petang.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.277754 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list