View: 4195|Reply: 4
|
Aisar Khaled Bagi Kawan Baik Hadiah Kahwin Duit RM100,000
[Copy link]
|
|
Aisar Khaled membuat kejutan dengan memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 sempena perkahwinan rakan baiknya iaitu Muhammad Nicholas Alif Putera Adil.
Kata Aisar, 23, wang bernilai RM100,000 itu tiada bandingan jika dibandingkan dengan jasa seorang sahabat yang sentiasa berada di sisi sewaktu susah dan senang.
Bukan itu sahaja, Aisar juga memberitahu hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan atas bantuan yang pernah diberikan oleh pemuda berusia 25 itu.
Foto: IG
"Saya rasa itulah nilai yang layak saya berikan kepadanya. Dia ada bersama dengan saya sewaktu saya masih tidak lagi mempunyai apa-apa.
"Daripada saya hanya menjadi peniaga jalanan... berniaga baju Melayu, air boba sampailah saya sudah mempunyai 15 orang pekerja sekarang ini.
"Sampai satu tahap saya rasa ingin memberikannya sesuatu yang bermakna. Dialah yang membantu saya menguruskan bisnes... jadi saya rasa dia layak menerima hadiah daripada saya," katanya ketika dihubungi mStar.
Sebelum itu, Aisar memuat naik video kejutan kepada rakannya itu menerusi laman Instagram pada Ahad.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan memuji tindakan Aisar memberikan hadiah wang tunai kepada sahabatnya itu.
Bersahabat sejak lima tahun lalu, Aisar berkata Nicholas terkejut apabila mengetahui mengenai nilai hadiah itu dan menyatakan hasrat untuk bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
"Saya kenal dia sewaktu di kolej dulu, rakan sekelas. Kemudian, saya ambil dia bekerja. Dia bermula dengan kosong, saya ajar dia satu persatu dan latih dia untuk menjadi seperti saya.
"Sewaktu saya membuat kejutan beri wang RM100 ribu itu juga dia sangat terkejut dan sebak.
"Saya tanya dia nak buat apa dengan wang tersebut, katanya nak sedekahkan kepada orang memerlukan, beri kepada isteri dan juga simpanan," ujarnya.
Ditanya mengenai jodoh, Aisar berkata dia masih belum memikirkan mengenai perkara itu kerana ingin memberikan fokus kepada kerjaya dan perniagaan.
"Sejujurnya buat masa ini saya tidak terfikir soal kahwin kerana belum berjumpa dengan calon yang sesuai.
"Lagipun saya belum bersedia untuk berkahwin... mungkin nanti insyaAllah tidak tahu lagi bila.
"erancangan saya buat masa ini hanya untuk menjaga pekerja saya. Saya mahu pimpin pasukan saya untuk menjadi seperti saya... saya mahu mereka pun boleh jadi kaya dan bantu semua orang yang susah dalam dunia ini," katanya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TerataiMelur02 at 28-8-2023 10:32 PM
Uishhh..betul2 kaya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dik, derma kat akak pulak dik heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Menunjuk is wajib.
Dapat betul2 x sure lg tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|