CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8673|Reply: 26

Kes Dadah Yasin: Ahli Kimia Sahkan 17 Pokok, 2 Ketulan Mampat Adalah Kanabis

[Copy link]
Post time 28-8-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Saksi pendakwaan pertama, Dr J Saravanan Kumar bagi perbicaraan membabitkan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa beliau menerima 19 beg plastik mengandungi dua ketulan mampat dan 17 pokok dalam pasu daripada anggota polis, Mac tahun lalu, yang disahkan kanabis selepas dianalisis.


Saravanan yang bekerja sebagai ahli kimia itu bertugas di Bahagian Narkotik Jabatan Kimia Malaysia ketika membaca pernyataan saksi berkata, selepas dianalisis kesemua ketulan mampat dan bahan tumbuhan yang diambil daripada pasu itu disahkan adalah kanabis.






"ada 28 Mac 2022 jam 4.18 petang, saya menerima 19 beg plastik bermeteri Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz.


"Kemudian, saya memeriksa kesemua beg plastik yang mana dua daripada beg plastik berisi ketulan mampat, saya menerima 17 pasu bertanda yang juga selepas dianalisis adalah kanabis," katanya.


Menurut saksi itu, selepas menerima kesemua barangan itu, dia memulakan analisis dengan mencabut pokok dari pasu yang berisi tanah selain berat pokok dicabut itu ditimbang menggunakan penimbang elektronik yang dikalibrasi dan ketinggian pokok diukur menggunakan pembaris.


"Kemudian saya menjalankan satu skema analisis yang terdiri empat kaedah ujian ke atas pokok-pokok itu iaitu pemeriksaan fizikal secara visual dan menjalankan pemeriksaan ke atas keseluruhan pokok 100 peratus dan mendapati pokok adalah dari satu jenis tumbuhan yang sama (Kanabis) dan tiada bahan asing," katanya.


Sementara itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin mengenai pengetahuan saksi itu mengenai penanaman dan penjagaan pokok kanabis, saksi itu berkata, melalui bahan pembacaannya penanaman kanabis memerlukan biji benih, pencahayaan dan suhu yang sesuai.


"Selain biji benih, proses penanaman kanabis ini juga memerlukan pencahayaan yang sesuai untuk membolehkan tumbuhan ini bercambah yang mana ia boleh dilakukan melalui penanaman secara indoor lighting source seperti penggunaan cahaya ultraviolet," kata saksi itu.


Selesai disoal pihak pendakwaan ketika pemeriksaan utama, saksi itu tidak disoal balas oleh peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin.


"Kami tiada soalan untuk saksi ini," katanya.


Perbicaraan hari pertama itu turut dihadiri ibu dan adik-beradiknya.


Mengikut pertuduhan pertama, Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, 5.30 petang pada 24 Mac tahun lalu.


Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.


Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.


Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.


Sementara bagi pertuduhan ketiga Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, 11.05 malam pada tarikh sama.


Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 04:50 PM | Show all posts
Jadi yasin takkan kena gantung mandatori lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 04:53 PM | Show all posts
pertuduhan pertama, Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, 5.30 petang pada 24 Mac tahun lalu.

hukuman: penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 04:53 PM | Show all posts
Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama

Hukuman: penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 04:55 PM | Show all posts
pertuduhan ketiga Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, 11.05 malam pada tarikh sama - dlm balai pun telan???


Hukuman: denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 04:57 PM | Show all posts
jangan ya laila
jangan terpedaya
apa yang kau lihat semuanya dustaaa

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2023 04:59 PM | Show all posts
cm tu senang laa
nti org hisap ganja guna alasan ini POKOK TUMBUHAN CIPTAAN ALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 04:59 PM | Show all posts
1. dadah fizikal - dlm rumah
2. pokok hidup yg boleh dijadikan dadah - dlm rumah
3. telan dadah - dlm balai


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepak tailen je sng, bkn jauh pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya bukan telan dadah dalam balai. Tapi sebab buat urine test kat balai lalu sangkut, so tarikh, masa & tempat tu berlaku di balai
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pe jantan2 haprak di fb tetap menyokong ko
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap ko kena penjara dan sebat yasin.  Aku bnci betol penagih dadah ni.  Jgn kasi alasan bodo ko ada mental disorder
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
walau apa pun alasan..moga terima balasan yg setimpal..ada few yg dah mati dek dadah ke ganja suku sakat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 28-8-2023 04:59 PM
1. dadah fizikal - dlm rumah
2. pokok hidup yg boleh dijadikan dadah - dlm rumah
3. telan dadah - dl ...

yg no.3 savage
caner polis tahan tp masih ada sisa2 dadah kat poket?igt masuk lokap depa check habis seluruh body.

kalau sampai ke dalam pun sempat lg makan dadah ni bkn utk berubat lagi dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu otai2 ada pesan,jangan benarkan pulis cek dalam poket seluar kita.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 11:12 AM | Show all posts
anak2 vase titan tersenyium riang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 11:23 AM | Show all posts
ya ampun byk nya kena sebatan .. dgr citer sebatan tu kena buat satu kali selagi pesalah mampu tanggung ... kena sekali sebatan pun bontot hampir nak hancur & blh jatuh pengsan .. inikan plk 16x sebatan!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiber teringat video sebat yang pernah aku tengok dulu. Naya woiiii sakit tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 05:43 PM | Show all posts
mcm zombie dlm movie betul dah rupa dia dlm gambar tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu bukan cannabis aaahhh tu pucuk ubi!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.216786 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list