CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3389|Reply: 4

Pelajar Sekolah Maut Modenas Kriss Lawan Arus Bertembung Dengan Yamaha Y15

[Copy link]
Post time 28-8-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Industri Kilang Berapi, di Jasin kira-kira pukul 6.30 petang semalam menyebabkan seorang remaja maut manakala juruteknik parah selepas motosikal ditunggang mereka bertembung.


Menurut laporan, Muhammad Aniq Asyraf Abu Bakar yang menunggang Modenas Kriss meninggal dunia di lokasi manakala A. Vijaikumar, 24, yang parah di kepala, dirawat di Hospital Melaka.




MANGSA yang berusia 17 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.




Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kemalangan berlaku apabila remaja terbabit dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus.


“Mangsa bergerak dari arah Kampung Kilang Berapi menuju ke arah kawasan Industri Kilang Berapi dan setiba di sana dia bergerak secara melawan arus.


“Pada masa sama, sampai sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang seorang juruteknik dari arah bertentangan lalu bertembung dengan remaja terbabit,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.


Tambahnya, kemalangan berlaku di laluan sah pergerakan juruteknik berkenaan.


Mengulas lanjut beliau berkata, akibat kemalangan itu, remaja terbabit parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.


“Hasil siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati, laluan tersebut bukanlah laluan sibuk.


“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 04:51 PM | Show all posts
Biasa nampak budak-budak bawa motor terus masuk jalan lawan arus sebab nak elak tunggu lama kalau nak lintas masuk simpang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 05:33 PM | Show all posts
anak saya baik orangnya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Y suku gak menang....aku pakai Y suku
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 02:03 PM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.929892 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list