CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1715|Reply: 2

Lelaki Upah Orang Bunuh Anak Kerana Dendam Dengan Bini

[Copy link]
Post time 28-8-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berusia 27 tahun di India maut dibunuh pembunuh upahan yang diupah bapanya sendiri angkara dendam terhadap ibunya.


Dalam kejadian di kampung Chhur di Sardhana, Meerut di Uttar Pradesh, suspek berusia pertengahan 50-an itu yang juga pesara tentera didakwa membayar 500,000 rupee (RM28,153.16) kepada seorang lelaki tempatan dikenali Amit, 30.




Gambar hiasan




Ketua balai polis Sardhana, Ramakant Pachori berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Sachin Kumar dibuat ibunya pada Sabtu lalu, selepas pemuda itu didakwa tidak pulang sejak Selasa (22 Ogos).


"Wanita itu mengesyaki pembabitan suaminya dalam kehilangan anak mereka dan bertindak atas maklumat, polis menahan suspek (Sanjeev Kumar) dan Amit untuk soal siasat.


"Kedua-duanya kemudian mengaku melakukan jenayah itu dan Sanjeev mendakwa dia mahu membalas dendam terhadap isterinya yang tinggal berasingan. Mereka kini direman," katanya dilapor Times of India.


Penduduk kampung yang mengulas kejadian itu berkata, Sanjeev didakwa mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya dan tinggal bersama wanita terbabit hingga mendorong isterinya, Munesh meninggalkan dia selama 15 tahun lalu.


"Sejak itu, dia (Munesh) dan anak lelakinya tinggal berasingan daripada lelaki itu.


"Sachin yang belum berkahwin adalah penanggung keluarga yang bekerja sebagai penghantar barang," katanya.


Polis berkata, dalam usaha membunuh Sachin, Amit menawarkan arak kepada pemuda itu sehingga dia mabuk, sebelum mengetuk kepalanya dengan botol.


Kata Ramakant, Amit kemudian mencekik mangsa dengan selendang.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bazir je duit upah bunuh 28k tu
Last2 kantoi
Kesian ko sachin...dpt apak kejam
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dah 15tahun kot. ngan family sendiri pon nk dendam menda bapak dari neraka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.412130 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list