|
Personaliti media sosial, Khairul Aming, muncul sebagai penerima trofi Creator of the Year pada Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung pada malam Ahad.
Kemenangan tersebut sudah dijangka apabila Khairul, 31, mendapat undian mencecah sejuta sepanjang tempoh mengundi yang berakhir pada 26 Ogos lalu.
Bukan hanya personaliti media sosial yang dikenali, Khairul juga adalah seorang usawahan makanan yang popular dengan produk Sambal Nyet.
Dalam ucapan kemenangannya, Khairul mendedikasikan trofi tersebut kepada arwah bapanya, Kamarulzaman Hussin yang meninggal dunia pada Mac 2020.
"Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Myet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini, mesti dia bangga sebab lapan tahun saya kerja keras.
"encipta kandungan itu bukan perlu tular sahaja tetapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah," katanya.
Sementara itu, pelakon Aeril Zafrel dinobatkan sebagai penerima anugerah Celebrity of the Year manakala Ryan Bakery pula membawa pulang trofi Popular Trofi of the Year.
Sumber: mStar |
|