CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28835|Reply: 70

[Tempatan] 'Penjawat awam masih sokong PN kerana tersinggung sikap kerajaan kini' - Ilham Centre

[Copy link]
Post time 27-8-2023 09:36 PM | Show all posts |Read mode
'Penjawat awam masih sokong PN kerana tersinggung sikap kerajaan kini' - Ilham Centre

https://www.bharian.com.my/berit ... sikap-kerajaan-kini

Oleh Suzalina Halid - Ogos 27, 2023 @ 12:58pm
[email protected]


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sentimen Melayu dan Islam terancam, selain tidak memahami konsep Malaysia MADANI, menyebabkan penjawat awam di enam negeri masih 'terperangkap' dalam pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Dapatan itu diperoleh membabitkan kajian melalui kaedah kualitatif dengan 200 penjawat awam ditemubual secara mendalam berhubung sentimen mereka.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar, berkata penjawat awam yang ditemui di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan membabitkan pelbagai segmen antaranya guru, polis, tentera serta pegawai pentadbir.

Beliau berkata, istilah 'terperangkap' yang dimaksudkan ialah penjawat awam yang ditemubual masih memilih untuk menyokong era pentadbiran Muhyiddin yang juga Perdana Menteri ke-lapan.

"Dalam kalangan kira-kira 217 responden, lebih 90 peratus menyokong Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin.

"Saya sendiri menemubual 60 daripadanya, dan mereka mengakui selesa dengan kepimpinan Muhyiddin yang dilihat membela Melayu serta Islam.

"Penjawat awam berasa mereka diberi kepercayaan oleh kerajaan ketika itu, tanpa kontroversi dan persepsi diganggu gugat dalam menjalankan tugas," katanya kepada BH, di sini.


Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar.

Pada masa sama, Muhamad Hisommudin berkata, sebaliknya dalam pentadbiran kini, penjawat awam ditemui mengakui 'tersinggung' dengan tindakan kepimpinan kini yang seolah-olah menyalahkan golongan itu dalam aspek rasuah.

Katanya, walaupun wujudnya usaha daripada kerajaan sedia ada dalam menjaga kebajikan penjawat awam termasuk aspek gaji, namun persepsi mereka mengatasi inisiatif terbabit.

Malah beliau berkata, penjawat awam yang ditemui juga mengakui sebahagian menteri dilihat tidak kompeten, malah menyumbang kepada defisit sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Katanya, imej menteri khususnya yang menjaga aspek keselamatan kebiasaannya dilihat sebagai pemimpin 'bermulut emas' dan sangat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

"Namun ada tindakan menteri tertentu yang didakwa berlebihan menjadi jurukempen dalam menyerang pembangkang, dianggap penjawat awam sebagai tindakan bersifat canggung selain ada yang dianggap tidak mampu menyampaikan dasar Malaysia Madani dan menangkis naratif dimainkan pembangkang..

"Bagi penjawat yang ditemui dalam kajian itu, mereka berasa tawar hati, malah ada sebahagiannya yang menganggap tindakan sebegitu memalukan pihak keselamatan berkenaan," katanya.

Muhamad Hisommudin berkata, keselesaan penjawat awam pada pentadbiran Muhyiddin yang mengetuai parti komponen PN, BERSATU turut didorong oleh 'memori hitam' ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 lalu.

Katanya, kenyataan dibuat pemimpin ketika pentadbiran PH, lima tahun lalu, yang ingin mengurangkan penjawat awam, selain melihat kedudukan Melayu dan Islam terancam ketika itu, menghantui mereka.

"Penjawat awam berasa tidak selamat ketika itu, sehinggalah mereka berada pada pentadbiran Muhyiddin selepas jatuhnya kerajaan PH pada 2020.

"Namun pada pentadbiran kini mereka kembali pada fasa sama, selepas wujudnya beberapa kenyataan yang mengaitkan penjawat awam ini terbabit rasuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya pentadbiran kini berbuat sesuatu dengan memahamkan penjawat awam berkaitan hala tuju dasar kerajaan khususnya melalui konsep MADANI dan meyakinkan bahawa kedudukan mereka tidak tergugat.

Katanya, ini kerana jika sentimen ini berterusan, ia dikhuatiri boleh menimbulkan daulah terpendam (rasa tidak puas hati) kepada pentadbiran dalam kalangan penjawat awam, sekaligus merencatkan usaha dilakukan kerajaan.

"Ini kerana, apa yang dilaksanakan penjawat awam tidak sepenuh hati kerana ada sebahagian mereka mengkritik dasar Malaysia MADANI yang dilihat kabur, akhirnya menyebabkan mereka lebih terasing untuk menyokong kerajaan.

"Jika tiada usaha dilaksanakan, saya yakin pola sokongan terhadap Muhyiddin akan berterusan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ka aritu kata nak tabur extra duit gaji penjawat awam utk bajet akan dtg?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kau, aku sokong ja gomen sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa wak yidin mostly kena  pkp kan?tapi  gaji jalan.ko nak tersinggung apa lancau nyahhh???skrg kena keje  ke mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa majoriti org gomen yg aku kenal tak pernah pun pegi mengundi. Setakat daftar jadi pengundi je. Yg ni diorg kata wajib mengundi tu je tak lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2023 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
suka kot masa pkp. tk yah dtg kerja tp gaji jalan.. itu yg memuja muhyidin
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-8-2023 10:32 PM
Eh kau, aku sokong ja gomen sekarang.

Golongan ten percent le ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 28-8-2023 01:55 AM
suka kot masa pkp. tk yah dtg kerja tp gaji jalan.. itu yg memuja muhyidin

Jijik kan perangai penjawat awam....diorg duduk rumah gaji jalan sebab tu sokong Si Sembab tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg sokong pn dtgnya dr 4 negeri yg di bawah pengaruh siam pd satu waktu dahulu...wak lembap
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 07:43 AM | Show all posts
Whatever la asalkan korang bahagia.

Sapa pun yg pegang gomen, sy tetap juga keluar pagi balik petang, bekerja keras cari rezeki untuk famili, janji sy pun bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 07:44 AM | Show all posts
heran...

penyakau pong nak disokong...

mmg bodo gaban ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 08:40 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:01 AM | Show all posts
Edited by ayahibu85 at 28-8-2023 12:05 AM

betul.

sentimen 2018 lepas PH ambil alih kerajaan memang meninggalkan kesan.

tak mungkin terlupakan. titik
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:05 AM | Show all posts
sesiapa pon pegang gomen, saya tetap akan kerja macam biasa..hujung bulan ngn bonus potong untuk tax tak beragak..nasib M40
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la nak undi sape pun.. janji ko penjawat awam jalankan tugas mengikut arahan kerajaan... kalau nak lawan dasar kerajaan, letak la jawatan... bukannya kena paksa murtad sampai nak rasa terhina bagai... seronok kan kerja malas2... ambil rasuah takde sape kisah... tiris duit sana sini macam harta sendiri... bila dapat yang betul bekerja terus tak seronok sebab kena kerja betul2... loser semua ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe sbb masa pkp tu kan keje gomen tak terjejas mcm org lain, gaji menten jln.

Tp bkn ke masa dia nk letak jawatan tu ramai gak yg marah2 kata abah itu ini degil takmo turun la, takmo buat PC selalu pdf jer
Ke yg ngata tu bkn staff gomen?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:51 AM | Show all posts
zehra2 replied at 28-8-2023 01:55 AM
suka kot masa pkp. tk yah dtg kerja tp gaji jalan.. itu yg memuja muhyidin

Hari Raya dan Krismas tahun 2020 tak boleh balik kampung. Itulah yang menyebabkan Hari Raya dan Krismas pada 2020 ditiadakan.. Hari Merdeka sehingga Hari Malaysia terpaksa disambut dengan kibaran Jalur Gemilang aje..

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 10:20 AM | Show all posts
kakitangan awam bodoh..dulu nak bagi jatuh UMNO, sekarang nak bagi jatuh kerajaan sekarang sbb berkawan dgn UMNO...

penjawat awam tak kenang budi...masa UMNOlah gaji kamu naik meletup meletup bodohhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 28-8-2023 02:06 AM
Jijik kan perangai penjawat awam....diorg duduk rumah gaji jalan sebab tu sokong Si Sembab tu.{:3_ ...

Aku keje swasta pun duduk rumah gaji jalan. Ko x nak kecam plk?

Apa yg ko nak bising2 gaji penjawat awam?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.060380 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list