CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4519|Reply: 0

Saya tidak berpuas hati - Shahril

[Copy link]
Post time 27-8-2023 04:58 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN negara mengakhiri saingan Piala AFF B-23 di tempat ketiga lebur apabila tewas kepada Thailand 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Pengurus skuad bawah 23 tahun (B-23) negara Datuk Seri Shahril Mokhtar jelas sekali tidak gembira dengan pencapaian keseluruhan skuad muda kebangsaan yang menduduki tempat keempat di kejohanan Piala AFF B-23.

Hal ini kerana, Shahril melihat barisan pemain muda itu boleh beraksi lebih baik dengan sekurang-kurangnya menempah tiket ke final seperti yang disasarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Barisan pemain muda beraksi tidak seperti yang dirancang namun secara keseluruhan mereka beraksi dengan baik terutamanya ketika menentang Thailand pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

"Secara keseluruhan, saya tidak gembira kerana sebenarnya boleh melakukan lebih baik kerana barisan pemain muda ini sebenarnya mempunyai potensi sangat besar," katanya.

Pada perlawanan petang semalam menyaksikan hasrat pasukan negara mengakhiri saingan Piala AFF B-23 di tempat ketiga lebur apabila tewas kepada Thailand 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rayong, Thailand.

Keputusan terbabit sekali gus mengulangi rekod 2005 apabila skuad muda negara turut mengakhiri saingan Piala AFF B-23 di bumi Gajah Perang di kedudukan keempat selepas tewas 2-4 kepada Myanmar menerusi penentuan sepakan penalti.

Namun, pujian harus diberikan kepada anak buah E Elavarasan apabila menampilkan permainan lebih mantap berbanding ketika menentang Vietnam tempoh hari dengan sering melancarkan serangan berbahaya dan mengawal perlawanan.

Skuad muda negara sekali lagi akan diuji apabila akan beraksi pada kelayakan Piala Asia 2024 pada 6-12 September di Chonburi, Thailand.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erpuas-hati-shahril
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.071856 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list