CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3088|Reply: 0

[Perlis] 17.76 peratus kematian di Perlis akibat penyakit jantung iskemia

[Copy link]
Post time 27-8-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode
17.76 peratus kematian di Perlis akibat penyakit jantung iskemia


Ogos 27, 2023 @ 11:05am



Foto hiasan



KANGAR: Sebanyak 17.76 peratus daripada 1,357 kematian di negeri ini pada 2021 adalah akibat penyakit jantung iskemia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim.

Katanya, dalam kenyataan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini, penyakit itu turut menyumbang sebanyak 13.7 peratus kematian di Malaysia pada tahun sama.

Menurut kenyataan itu, perkara itu telah dipersembahkan Aizai Azan kepada Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam, ketika baginda berangkat merasmikan Program Saringan Kesihatan Jantung; IJN bersama UniMAP yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam Pauh Putra universiti itu.

Keberangkatan tiba baginda yang juga Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP, disambut oleh Naib Canselor Prof Datuk Ts Dr Zaliman Sauli dan Aizai Azan.

Program inisiatif sosial korporat IJN itu bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan jantung, selain menyediakan pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma di samping memberikan khidmat nasihat serta bimbingan menjalani gaya hidup sihat.

Menurut kenyataan itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah kes kematian mengejut akibat serangan jantung dalam kalangan golongan muda yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik perlu dipandang serius.

"Beta berharap agar usaha murni ini akan terus membantu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih sensitif dengan tahap kesihatan masing-masing," titah baginda. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054429 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list