View: 20207|Reply: 22
|
Jangan berani ambil risiko makan diri – Siti Hariesa
[Copy link]
|
|
Nama pelakon Siti Hariesa mula dikenali dengan kontroversi gara-gara 'teaser' drama memaparkan babak intimnya bersama aktor Zul Ariffin tular dalam media sosial.
Lahir bersama kontroversi, introduksi hitam itu bagaimanapun tidak sesekali meruntuhkan semangatnya untuk terus mengemudikan layar kerjaya seni yang baru hendak bermula.
Tidak menolak dikenali kerana isu tersebut, dia bagaimanapun tetap percaya bakat merupakan aset utama untuk terus kekal bertahan sebagai anak seni berbanding kontroversi.
“Kontroversi drama Perempuan Itu banyak mendewasakan saya sebagai anak seni, khususnya pelakon.
“Banyak saya pelajari daripada perkara tersebut, salah satunya, jangan terlalu berani mengambil risiko yang boleh memakan diri,” katanya.
Melanjutkan bicara, dia mengakui awalnya agak terkejut sehingga tidak tahu cara untuk mengendalikan situasi saat disambar kontroversi.
Namun, atas nasihat orang sekeliling, mengunci mulut adalah pendekatan terbaik daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menaikkan lagi kemarahan ramai.
“Ketika itu agak ‘culture shock’ sebab kerjaya baru bermula kemudian terpalit kontroversi tetapi saya memilih untuk berdiam diri dan tidak membalas semua kecaman ramai.
“Cara itu bagi saya yang terbaik ketika itu. Semakin melawan, semakin marak isu tersebut, jadi lebih baik diam sahaja.
“Sekarang, syukur semuanya telah berakhir, Perempuan Itu pun terima sambutan hangat. Saya bertuah terlibat dalam drama tersebut,” jelas bekas peserta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 itu.
Ditanya kesediaannya untuk melakonkan babak intim sebegitu lagi, jawabnya tidak! Dia enggan merisikokan kerjaya yang baru dibina.
“Selepas ini akan lebih berhati-hati, dapatkan nasihat dan analisa impak risiko untuk sesuatu perkara.
“Selepas ini, tiada lagi babak sebegitu daripada seorang Siti Hariesa. Kalau boleh mahu elak kontroversi sebab masih terlalu baru, jauh lagi perjalanan saya,” katanya.
Sumber: HibGlam
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia ni lebih kurang g yg pelakon sornag lagi.. Pun siti... Siti apa ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ini taste2 Dato2 sangat. xtau nak ckp mcm mane. Tapi Dato2 suka perempuan gaya gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Piramida replied at 27-8-2023 09:57 AM
Muka dia ni lebih kurang g yg pelakon sornag lagi.. Pun siti... Siti apa ntah.
Siti khadijah
Muka dia ni biasa betulll.... xda wow |
|
|
|
|
|
|
|
Dia buat kontroversi untung untung dapat jadi heroin. Kau ado |
|
|
|
|
|
|
|
putericahaya999 replied at 27-8-2023 11:41 AM
Siti khadijah
Muka dia ni biasa betulll.... xda wow
Marhaen pun lagi cantik kan |
|
|
|
|
|
|
|
Muka biasa je.Acik forum lagi lawa.
Mebi dia pandai berlakon.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hoshhi replied at 27-8-2023 11:42 AM
Dia buat kontroversi untung untung dapat jadi heroin. Kau ado
tu la, sembang je nak boikot |
|
|
|
|
|
|
|
Hoshhi replied at 27-8-2023 11:42 AM
Dia buat kontroversi untung untung dapat jadi heroin. Kau ado
Dia buat kontrobersi..dpt jd heroin..awal masok sorga sbb dosa korang semua transfer kat dia - ostad mael- |
|
|
|
|
|
|
|
nasib kau pandai berlakon dik
|
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 27-8-2023 12:49 PM
tu la, sembang je nak boikot
Macam biasa kan. Nurtizen malaysia kalau boikot tak pernah bersungguh hangat hangat tahik ayam |
|
|
|
|
|
|
|
Wow retis baru2 ni semua baca forum ke???? Nampak gaya makin sikit nk cerca retis sbb masing2 akan kunci mulut…aka act classy hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Dik, kaki dan buku lali kau. Dik, pi klinik la...atasi masalah itu (bak kata DD) |
|
|
|
|
|
|
|
Ahgerbitch replied at 27-8-2023 02:06 PM
Wow retis baru2 ni semua baca forum ke???? Nampak gaya makin sikit nk cerca retis sbb masing2 akan k ...
Sape tau they ols jua acik porem level 9 ke atas. Hahahahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
x pandai lh dia berlakon…:
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi cik siti pi camping ka? Berbintat kaki anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi cerita tu hype sbb watak ML bkn sbb watak penyondol kan? |
|
|
|
|
|
|
|
putericahaya999 replied at 27-8-2023 11:41 AM
Siti khadijah
Muka dia ni biasa betulll.... xda wow
dan siti elizad juga muka they all lebih kurang ja,3 ct |
|
|
|
|
|
|
| |
|