CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2099|Reply: 0

Verstappen mampu sapu semua baki 10 perlumbaan musim ini

[Copy link]
Post time 26-8-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode

MAX Verstappen berada pada prestasi terbaik yang membolehkannya menyapu bersih 10 baki perlumbaan F1 musim ini.



ZANDVOORT, Belanda: Lewis Hamilton bimbang Max Verstappen mempunyai peluang tinggi untuk memenangi semua baki 10 perlumbaan musim ini, dan penguasaan hebat pemandu Belanda itu boleh bertahan sehingga 2026.

Selepas berehat empat ming­gu, Formula Satu (F1) akan kembali esok di laman sendiri Verstappen di Belanda.

Verstappen telah memena­ngi lapan perlumbaan terakhir dan dia akan menyamai rekod sembilan perlumbaan milik Sebastian Vettel ketika memandu buat Red Bull pada 2013.

Jika itu berlaku esok, Litar Zandvoort dijangka bertukar menjadi ‘pesta oren’ iaitu warna kebangsaan Belanda.

Itu bukan sahaja boleh ­menjadikan Red Bull pasukan pertama yang mengharungi kempen tanpa kalah, malah Verstappen boleh menang di setiap satu daripada 10 pusi­ngan ­penutup.


LEWIS HAMILTON

“Terdapat peluang tinggi dia (Verstappen) akan memenangi setiap perlumbaan. Dia tidak melakukan sebarang kesilapan dan pasukannya tidak melakukan banyak kesilapan tahun ini. Mereka mungkin memenangi segala-galanya.

“Tetapi tahun ini, mungkin kami akan semakin rapat dan kami berharap kami dapat mencabar mereka pada satu ketika sama ada hujung minggu ini, atau siapa tahu di mana.

“Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kemalangan, kami akan berada di sana untuk memanfaatkan peluang yang ada untuk meraih kedudukan terbaik,” kata Hamilton.

Verstappen telah mendominasi sejak peraturan F1 dirombak pada permulaan musim lalu, dengan kemenangan selesanya pada pusingan penamat sebelum rehat di Belgium yang ke-10 daripada 12 setakat ini dan yang ke-19 daripada 23 perlumbaan terakhirnya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... rlumbaan-musim-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.050752 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list