|
Penyerang Tottenham, Richarlison (tengah) mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris di London hujung minggu lalu. – Foto premierleague.com
LONDON: Erik ten Hag memberi amaran kepada bintang Manchester United supaya bertanggungjawab selepas mengkritik mereka kerana tidak banyak berlari ketika kalah di tangan Tottenham Hotspur.
Ten Hag berang dengan cara pasukannya membenarkan mereka didominasi oleh tempo pantas Tottenham pada babak kedua aksi kekalahan 2-0 hujung minggu lalu.
Ia perlawanan kedua berturut-turut United beraksi hambar selepas menang tipis 1-0 ke atas Wolves pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris.
"Ia bukannya mengenai bahagian tengah. Ia mengenai benteng pertahanan dan serangan. Itulah sebabnya kami terperangkap," kata Ten Hag.
Ditanya kenapa agaknya United kelihatan begitu lesu, pengurus itu berkata: "Mereka tidak berlari, atau mereka berlari di saat yang salah, terlalu lembap, terutama bahagian serangan, tidak bangkit.
Marcus Rashford gagal bertindak cemerlang menentang Tottenham Hotspur di London hujung minggu lalu. – Foto premierleague.com
"Ia berlaku, anda tidak boleh mengubahnya sekelip mata. Tetapi ia diperlukan di sini, jika anda mahu memenangi perlawanan.
"Bagi 35 minit pertama, kami terlalu bagus dan menguasai perlawanan sepenuhnya. Kami patut menjaringkan minimum satu gol, tetapi saya fikir dua gol.
"Mereka tidak berada di mana-mana, tiada langsung dan kemudian sesuatu berlaku dalam perlawanan itu dan mereka tertekan, tidak melakukan tugas mereka.
"Saya tidak biasa kerana pasukan ini selalunya tidak sebegitu. Permintaan di Manchester United anda melakukannya dalam tempoh 90 minit dan anda melakukannya setiap perlawanan, tidak kira apa sekalipun."
Ten Hag menuntut persembahan lebih bertenaga menentang Nottingham Forest di Old Trafford malam ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... nited-tidak-berlari |
|