|
SALAH menyatakan komitmen untuk kekal di Andfield, namun tidak menutup peluangnya untuk menyertai Al-Ittihad. - AFP
LIVERPOOL – Biarpun berdepan percubaan kuat dan menerima tawaran mereka daripada kelab Arab Saudi, Al-Ittihad untuk mendapatkan khidmat Mohamed Salah, Liverpool kekal dengan pendirian mereka untuk tidak melepaskan pemain tonggaknya itu.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu sebelum ini telah kehilangan khidmat Fabinho yang menyertai kelab berkanan, namun Al-Ittihad masih belum berpuas hati apabila cuba melihat potensi untuk mendapatkan Salah sebelum jendela perpindahan kali ini ditutup.
Salah bakal merosakkan reputasinya bersama Liverpool sekiranya berminat untuk menerima tawaran lumayan terbabit, namun ejennya, Ramy Abbas sebelum ini mendedahkan bahawa kliennya itu mengesahkan komitmennya di Anfield.
Pada awal musim panas lalu, Al-Ittihad tiba dengan tawaran lumayan apabila sanggup memberikan kontrak dengan nilai £77 juta (RM451.07 juta) setahun sekiranya Salah sanggup menyertai mereka yang turut memiliki N’Golo Kante dan Karim Benzema.
Bagaimanapun, Salah dikatakan tidak menutup pintu mengenai peluangnya menyertai kelab tersebut, malah sekiranya rancangan tersebut tidak berjaya dilaksanakan kali ini, urusan berkenaan mungkin akan bersambung pada musim panas tahun hadapan.
Salah menjadi yang menerima pendapatan paling mahal dalam sejarah Liverpool apabila menandatangani kontrak lanjutan pada musim panas tahun lalu yang menyaksikan dia menerima pendapatan mingguan sebanyak £350,000 (RM2.05 juta) dan berbaki dua tahun kontrak.
Kehilangan Salah ketika jendela perpindahan berbaki kurang seminggu sahaja lagi bakal memberikan impak besar buat The Reds terutama untuk mendapatkan calon pengganti. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... tawaran-al-ittihad/ |
|