CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3019|Reply: 0

[Perlis] Pemangku Raja Perlis titahkan anjur seminar berkaitan Melayu dengan Islam

[Copy link]
Post time 25-8-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Pemangku Raja Perlis titahkan anjur seminar berkaitan Melayu dengan Islam



Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Ogos 25, 2023 @ 3:49pm yusri.muzamir@bh.com.my




Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada Majlis Apresiasi Staf Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) 2021 dan 2022 di Kangar, Perlis, hari ini.




KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menitahkan supaya seminar berkaitan Melayu dengan Islam dianjurkan dalam masa terdekat bagi peringkat rantau Melayu di negeri itu.

Baginda bertitah, seminar dengan slogan 'Islam itu identiti bangsa Melayu' akan dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

"Hal paling mustahak mengenai masyarakat Melayu, iaitu Islam, hendaklah sentiasa menjadi identiti atau pengenalan diri golongan berkenaan. Bangsa Melayu tidak boleh dipisahkan daripada Islam.

"Segala usaha dalam kehidupan anak Melayu, sama ada bekerja, berseni atau berniaga, tetap Islam dibawa bersama.

"Sejauh mana pun dia tersasul atau dipengaruhi, tidak pernah terbayang dalam fikiran anak Melayu bahawa dia akan beragama selain daripada Islam," titah baginda pada Majlis Apresiasi Staf Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) 2021 dan 2022 di Kangar, Perlis, hari ini.

Keberangkatan baginda dengan diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke majlis berkenaan disambut Rektor KUIPs, Prof Dr Muhd Rozaimi Ramle.

Yang turut hadir, Mufti Perlis merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUIPs Sdn Bhd, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIPs, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, tiada mana-mana keluarga Melayu yang secara jelas bertukar agama, biarpun terdedah pelbagai agama selain Islam.

"Meskipun bumi Melayu pernah dijajah pelbagai bangsa bukan beragama Islam seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun bertahun lamanya... didedahkan dengan agama bangsa Eropah, dari sekolah missionari sehinggalah belajar di luar negeri... namun rasanya tiada keluarga Melayu yang secara terang-terangan bertukar agama.

"Apapun halnya, mereka tetap sebagai Muslim hingga ke akhirnya. Demikianlah kuatnya jati diri Islam dalam tubuh bangsa Melayu," titah baginda.

Sementara itu pada majlis sama, baginda yang juga Tuanku Canselor KUIPs berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 kepada tiga penerima membabitkan Fauziah Mohd Safar, Norasliza Rojamil serta Nor Syahiran Mat Jusoh.

Baginda turut mengurniakan APC 2022 kepada 12 penerima, termasuk Dr Muhammad Lukman Mat Sin, Muhd Muthi' Ul Haqq Fatah Yasin, Nainatul Farzuha Nor, Naurul Idayu Kamardin dan Muhammad Syazuwan Ahmad.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.800529 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list