"Sekarang menetap di KL sudah. Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin masih dalam fasa berbulan madu. Sekarang fokus luang masa berdua dan terus bercinta dulu.
"Tak banyak berubah, suami pun kerja dalam bidang yang sama. Rasa lebih mekarkan lagi karier muzik saya dan tambah semangat kerja dalam bidang ini bersama-sama.
"Tidaklah ketara perbezaan misalnya jadi isteri, tak boleh itu ini, kurangkan, tiada. Selepas berkahwin makin murah rezeki dan kami baru saja melancarkan lagu untuk filem Malbatt: Misi Bakara," katanya.
Nana dan Fikri mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu. Majlis yang berlangsung di Kuching, Sarawak itu hanya dihadiri kira-kira 150 orang.
Sumber: Harian Metro