CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12754|Reply: 35

[Jenayah] Mana Janji Manismu? Aishah (dah kurus) tuntut hadiah kemenangan berupa tanah lot banglo

  [Copy link]
Post time 24-8-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Decaffeinated at 25-8-2023 10:10 AM

Aishah tuntut hadiah tanah lot banglo
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Aishah

Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Aishah, hari ini hadir ke kediaman Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa untuk menyita harta individu yang pernah menaja hadiah berupa lot tanah banglo kepadanya.

Aishah, 58, berkata, tindakan itu diambil selepas individu itu gagal menyelesaikan isu pembayaran seperti dijanjikan dan sudah menghantar writ penyitaan kepadanya.

"Hari ini, saya berada di hadapan rumah Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa, yang sebenarnya, dua minggu lalu, kami dah hantar writ saman penyitaan.

"Disebabkan tak ada penyelesaian, kami datang untuk melelong barang-barang ini. Tapi, sekarang ini, tak ada orang pula (di rumah), padahal, dia dah tahu, kan? Jadi, baiklah.

"Ini bukanlah satu perkara menyeronokkan untuk saya buat, tapi, susahlah kami begini, orang lari-lari dan main-mainkan kita, kan? Saya takkan biarkan benda ini terlepas. Lebih baik kamu datang selesaikan dengan saya. Kalau kena muflis, kami akan mufliskan kamu," katanya.

Menurut penyanyi lagu Janji Manismu itu, individu itu juga beberapa kali mengusulkan pelan pembayaran, namun, dia sendiri ingkar kepada pelan yang dibuat.

"Mulanya, kita tahu bahawa dia dan dua lagi rakan kongsi yang juga isteri dan anaknya, menaja tanah lot banglo. Tahun pertama, kami berjumpa dan dia minta ditangguhkan pembayaran dan berikan masa untuk dia melunaskan hadiah itu. Jadi, kami berikan masa.

"Tapi, selepas beberapa tahun, kami bertanya lagi dan dia abaikan pertanyaan kami. Akhirnya, saya seorang sahaja yang teruskan dengan membawa ke mahkamah, sampailah tahun kelima, barulah dapat melalui proses perbicaraan pada tahun lalu.

"Dipendekkan cerita, kami dapat persetujuan di hadapan mahkamah untuk pembayaran yang sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Tetapi, sekiranya dia tak ikut arahan pembayaran, semuanya akan kembali kepada amaun asal yang dituntut iaitu RM300,000.

"Apa yang berlaku, pembayaran pertama dan kedua, okay. Manakala, pembayaran ketiga, dia mula culas. Dia beritahu, ada bayaran yang belum 'masuk' lagi dan mungkin lambat sedikit untuk dia lunaskan bayaran ketiga.

"Kami tunggu sehingga tarikh yang dia janjikan, tetapi, dia terus senyap. Kami tunggu lagi beberapa bulan dan barulah dia menerusi peguamnya, membuat usul kedua untuk pelan pembayaran. Kononnya, dia akan bayar amaun tertentu dan minta diberi masa setahun atau lebih untuk diselesaikan," katanya.

Jelas Aishah, dia terpaksa mengambil tindakan sebegitu kerana tidak ada lagi jaminan yang dapat meyakinkannya.

"Dia bayar amaun pertama pada bulan pertama, kemudian senyap semula. Jadi, akhirnya, kerana dia tak berusaha untuk selesaikan perkara ini, kerana dia culas, semuanya akan kembali kepada amaun asal yang kami tuntut.

"Apa yang berlaku, kami minta kepada mahkamah untuk menyita dan menghantar writ penyitaan harta benda di dua rumahnya. Kami dah pergi pada 8 Ogos lalu, dan dia dah tahu. Jadi, kalau dia nak selesaikan, dia dah selesaikan.

"Dia bagi satu lagi pelan pembayaran yang bagi saya, hanya untuk dia mengelak daripada penyitaan. Apa jaminannya, kalau dia dah buat dua kali pelan pembayaran, tapi dia yang ingkar?" katanya.

Tambahnya, apa yang berlaku membazirkan masanya dan juga masa pihak mahkamah memandangkan individu itu, rupa-rupanya, sudah diisytihar muflis.

"Apa yang berlaku, kami tak dapat menyaman Datuk Seri Amir sebab tiga hari kami di mahkamah, kami baru mendapat tahu bahawa dia adalah seorang yang muflis. Dia membazirkan masa saya. Saya beritahu dia, saya takkan biarkan benda ini terlepas. Jadi, dua rakan kongsinya dan dia, sila selesaikan.

"Seterusnya, untuk kami dapatkan perintah mahkamah, bagi memecah masuk ke rumahnya dan saya tak mahu sampai ke tahap itu," katanya.

Aishah juga menegaskan kepada orang awam supaya tidak termakan dengan drama 'play victim' yang dilakukan oleh individu itu.

"Kepada yang menganggap saya kejam sangat sampai menyita dan dia tengah sakit, sebelum buat tanggapan, saya minta anda jangan termakan dengan drama 'play victim'.

"Anda kena faham, kes ini bermula daripada penghujung tahun 2017. Jadi, pada ketika itu, dia tak sakit sampailah hari ini, sakitnya baru dalam dua atau tiga bulan lalu. Jadi, tak perlu kecam saya tak berhati perut. Anda kena faham, dah hampir enam tahun," katanya.

Aishah juga menasihatkan golongan artis supaya sentiasa tahu hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang bagi mendapatkan hak mereka.

"Kalau orang cakap, saya terlalu 'hadap' sampai nak menyita, sebenarnya, ini adalah berkaitan prinsip. Kita sebagai artis, kepada kawan-kawan semua, kena tahu apa hak kita dan bagaimana kita. boleh menggunakan undang-undang negara untuk mendapatkan hak kita.

"Jangan kita biarkan orang memperkotak-katikkan kita, janjikan itu dan ini, kemudian, habuk pun tak ada, lari-lari dan buat kita seperti orang bodoh.

"Biar kes ini menjadi contoh dan saya akan berjuang sehingga ke penghujung. Insya-Allah," katanya.

Untuk rekod, Aishah yang juga juara program Gegar Vaganza 4 (GV4) dijanjikan sebidang tanah lot banglo, namun, timbul isu apabila penaja itu tidak memenuhi perjanjian mengenai saiz tanah.

Disiarkan pada: Ogos 23, 2023 @ 9:49pm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm hadapnya acik ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
..musti teruzz komeng dan tak baca konteng..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2023 05:30 PM | Show all posts
Memang kena ajar lah sponsor acah2 pemurah ni dah dapat publisiti free terus culas.

Kalau tak mampu buat cara tak mampu tak payah berangan nak jadi sponsor.

Dengarnya ini bukan first time kan dia kena.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hak..

Tuntut lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 06:55 PM | Show all posts
program2 tv ni hadap lah sponsor
hujung2 dah seksa nk kutip hadiah pemenang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajar je perempuan Gundu perasan kurus itu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Melayu ni mmg kena ajar ttg hak2 dia dalam perlembagaan...sikap takpa sgt mmg kena pijakla...tahniah Datuk Aisyah...perjuangkan hak...jgn bagi muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuntut sampai dia terduduk tok cah. Janji manismu sgt nak bg itu ini kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
By cert, dia amik law kann.. ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lainkali jgn membongak byk duit ujung2 papa kedana jah.
biar jadi pengajaran utk sponsor2 kaki tipu dan teladan para retis/org lain hak kita mesti la dituntut. bukan masalah hadap tak hadap.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahaha @albedah kena bambu sekali dengan tok bibah oleh porumers ke tu sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 24-8-2023 07:18 PM
By cert, dia amik law kann.. ?

sains politik sajooo... blajo new zealand... dun think sheols excellent student. english pn mcm bteraburrr.. sorry kak ecahhh

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong tok cah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 10:51 PM | Show all posts
fight                        
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Astro lepas tangan ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2023 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-8-2023 05:30 PM
Memang kena ajar lah sponsor acah2 pemurah ni dah dapat publisiti free terus culas.

Kalau tak mampu ...

Publisiti free hasil tajaan program.. tp kami masih tak kenal pun pakcik sponsor tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sebelum ni ada kes tuntut hadiah dgn si vida ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 11:39 PM | Show all posts
Teruskan fight kakcah...ajar sikit kaki scammer nak publisiti percuma tapi penipu termasuk la dsv..

Dapat kat retis yg jenis redho mmg membiak la scammer gini..dpt kat kakcah tersembur semua bertempiaran lari x cukup tanah sanggup muflis dan pura2 sakit nak mati...so next time kalau nak sponsor, make sure kau berduit
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 24-8-2023 09:00 AM
Ermmm hadapnya acik ni....

Kalau aiols pun, hadap. Hak kita kot.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.065625 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list