CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3911|Reply: 24

[Dunia] [Subhanallah!] Kota Makkah Dibadai Ribut, Hujan Lebat (Kilat Dari Langit Sambar Menara Jam)

  [Copy link]
Post time 24-8-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Decaffeinated at 25-8-2023 10:19 AM



Mekah Dilanda Ribut Kuat, Sampai Tersembam Jemaah Ditiup Angin

Mekah di Arab Saudi yang merupakan tanah suci Islam telah menyaksikan ribut petir dan hujan lebat yang dahsyat sehingga menjejaskan jemaah haji dalam kejadian pada Selasa, lapor AFP.

Kejadian yang jarang berlaku menunjukkan jemaah haji mengelilingi Kaabah, yang merupakan tempat umat Islam tawaf telah tergelincir dan basah kuyup.

Selain itu, kilat turut menyambar secara tiba-tiba di hotel ikonik, Menara Jam Diraja Mekah (Fairmont Makkah Clock Royal Tower) menerangi langit malam.

Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan, Hussein al-Qahtani berkata ribut itu membawa angin kencang melebihi 80 kilometer (50 batu) sejam.

Beliau berkata keadaan itu serupa dengan ribut yang berlaku pada tahun 2015 di mana kren di Masjidil Haram telah tumbang dan kejadian itu telah mengorbankan lebih 100 orang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam ribut yang berlaku pada Selasa.

Penduduk Mekah, Abu Mayyada berkata ketika dia keluar untuk membeli rokok dan petrol, keadaan di hadapannya telah berubah menjadi hitam.

Kejadian itu berlaku ketika ribut tersebut melanda di tanah suci itu.

“Tiba-tiba saya hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandu. Saya tidak nampak apa-apa jadi saya mula mendengar al-Quran di radio.

“Saya tidak faham apa yang sedang berlaku,” katanya.

Pusat kaji cuaca memaklumkan di X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter berkata kejiranan Mekah di Al-Kakkiyah telah merekodkan 45 milimeter (1.8 inci) hujan dalam tempoh 24 jam.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2023 05:23 PM | Show all posts
Apa berlaku di Makkah?
Ogos 23, 2023 @ 11:24pm


Suasana di Masjidil Haram bertukar kelam-kabut apabila ribut dan hujan lebat berlaku secara tiba-tiba. Tangkap layar video tular

MAKKAH: Suasana di Masjidil Haram bertukar panik seketika apabila ribut petir dan hujan lebat melanda Makkah dan kawasan sekitarnya secara tiba-tiba pada waktu Maghrib, semalam.

Berdasarkan video tular yang dikongsi di laman sosial, jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib dilihat cemas akibat ditiup angin kencang.

Pada masa sama, penghadang di pekarangan Masjidil Haram turut diterbangkan oleh angin kuat.

Dilaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang (waktu tempatan) memaksa jemaah yang sedang menunaikan umrah dan solat di kawasan sekitar Masjidil Haram lari bertempiaran mencari perlindungan.

Menurut seorang jemaah Malaysia, Zubir Mohd Yunus ketika dihubungi BH, ribut kuat disusuli hujan ais berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari Taif menuju ke Makkah.

"Rombongan bas kami terpaksa berhenti beberapa kali kerana keadaan berbahaya.

"Bagaimanapun, kami selamat tiba di Makkah jam 8.30 malam. Keadaan di kota Makkah ditenggelami air hujan dan jalan begitu sesak," katanya yang sedang menunaikan umrah selama dua minggu di kota suci itu.

Sementara itu, menurut penduduk, ribut petir itu disifatkan antara yang terburuk selepas kejadian ribut yang menyebabkan tragedi kren tumbang pada tahun 2015.

Tular juga satu video yang menunjukkan kilat menyambar menara jam Abraj Al-Bait yang dikenali sebagai Menara Jam Makkah.

Fenomena itu berjaya dirakam orang ramai dan tular di media sosial.

Pihak berkuasa tempatan menyifatkan, hujan ribut berkenaan sebagai rahmat untuk Makkah kerana suhu di seluruh wilayah di Arab Saudi ketika ini semakin meningkat.


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuatnye angin.
Kain ihram lelaki kena ikat kuat², karang terbang pulak habis togel
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar.... kalau iols yg petite or bdk terbang dh kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 24-8-2023 02:42 PM
Kuatnye angin.
Kain ihram lelaki kena ikat kuat², karang terbang pulak habis togel

Sgt kuat bideo tuu.. yg pompuan tak pe laa yg lelaki seriau plk eh .ape ape pun dugaan depa laa.. Allah murka kat kita ke ek..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kan aku pernah baca nabi tak bg bina bgnn lebih tinggi dr kaabahkan.. tp aku nak ulas lelebih tak reti laa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Annoying lak aku tgk,dgr saksi kejadian dok bcerita.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap.
Bukan tered dh ada ka smlm??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2023 03:37 PM | Show all posts
Ni kira bala ke ujian?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 07:08 PM | Show all posts
Hamid tu orang bangsa apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 24-8-2023 03:06 PM
Tp kan aku pernah baca nabi tak bg bina bgnn lebih tinggi dr kaabahkan.. tp aku nak ulas lelebih tak ...

Klau x silap arkitek yg design menara tu org msia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 24-8-2023 07:31 PM
Klau x silap arkitek yg design menara tu org msia kan?

Yeppp.. bangga skjp masa tuu . Tupntup baca nabi tak suke lebih tinggi dr kaabah.. so aku pun diam ajelaa.. ckp lelebih takut aku yg tak reti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2023 11:23 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-8-2023 07:08 PM
Hamid tu orang bangsa apa ye?

'Meman... meman... meman...'

Kalau 'g' asik hilang ni kalau tak ganu yang over nak cover, mungkin ereb.

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 12:05 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 25-8-2023 12:14 AM
Buritan replied at 24-8-2023 03:06 PM
Tp kan aku pernah baca nabi tak bg bina bgnn lebih tinggi dr kaabahkan.. tp aku nak ulas lelebih tak ...

entahle. yg i baca Al-Sa'ah (bererti jam) yg akan membentang bayang hingga bayang kaabah tidak lagi nampak, kalau nampak ni baru legit boleh sembang pasal kedatangan kiamat. Bukan nabi larang, tapi nabi cuma bagitau situasi mekah di akhir zaman termasuk bukit2 mekah yang berlubang. Sekarang ada 55 terowong (dan meningkat) di bukit2 di mekah. Ikut perspektif arkitek, memang perlu ada bangunan tinggi dekat kaabah untuk serap petir. Kalau tak ramai yang arwah la kot berdiri tempat open space lantai marmar gitu.

banyak lagi la tanda kiamat eg:
- ramai2 pakai seluar pendek (termasuk orang kaya) pergi mall
- bercakap dengan kasut
- paha (maybe lap-top) bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pada aku jam tu dijadikan tanda arah kaabah tu. Kalau kita kat luar dari kawasan masjidilharam. Dari jauh kita nampak jam tu so kita tak sesat. Pastu kalau kilat pun akan target bangunan yg paling tinggi kan ...so jadi penyelamat sesiapa kat kaabah dan keliling dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 02:31 AM | Show all posts


..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2023 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 25-8-2023 12:05 AM
entahle. yg i baca Al-Sa'ah (bererti jam) yg akan membentang bayang hingga bayang kaabah tidak lagi ...

Mcm tu pulakk.. kiranya aku baca tuu salahkee..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 08:36 AM | Show all posts
jadi apalah konok? mayat tak hancur lagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2023 10:20 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 24-8-2023 03:21 PM
Jap.
Bukan tered dh ada ka smlm??

Skrg ni nak buka thread yang sama hari2 pun boleh dek. Tak cayer tanya editor Cari.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 10:24 AM | Show all posts
klu xde hujan dan air yg banyak, bagaimana nak subur dengan tumbuhan hijau di padang pasir.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.062620 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list