CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2820|Reply: 2

Williams selamat lahirkan anak perempuan kedua

[Copy link]
Post time 24-8-2023 02:29 PM | Show all posts |Read mode

SERENA Williams selamat melahirkan anak kedua, Adira River Ohanian semalam dengan disambut oleh suaminya, Alexis Ohanian serta anak pertama mereka, Olympia. – IHSAN FB SERENA WILLIAMS



LONDON: Legenda tenis Amerika Syarikat (AS), Serena Williams selamat melahirkan anak keduanya iaitu bayi perempuan yang diberi nama Adira River Ohanian.

Williams bersama suaminya, Alexis Ohanian mengalu-alukan kedatangan ahli keluarga baharu mereka dalam status yang dimuat naik di media sosial.

“Selamat datang wahai bidadariku yang cantik..,” tulis Williams dalam kapsyen yang disiarkan beserta gambarnya bersama Ohanian serta anak pertama mereka, Olympia.

“Ya, saya amat bersyukur untuk berkongsi kegembiraan yang rumah kami diwarnai dengan kasih sayang.

“Seorang bidadari baru lahir yang ceria dan sihat dan mama yang gembira serta sihat. Rasa bersyukur.

“Terima kasih kepada semua kakitangan perubatan luar biasa yang menjaga isteri saya dan anak perempuan kami.

“Saya tidak akan lupa saat saya memperkenalkan Olympia Ohanian kepada adik perempuannya,” tulis Ohanian.

Williams, 41, yang merupakan pemilik 23 gelaran Grand Slam memberi bayangan akan bersara daripada tenis selepas tamat Terbuka AS tahun lalu.

Kelahiran anak kedua secara tidak langsung memberi berkemungkinan dia sah tidak akan kembali dalam pertandingan kompetitif. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ak-perempuan-kedua/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2023 12:28 AM | Show all posts
Just very nice.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 07:23 AM | Show all posts
dah besar anak sulung Serena nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064772 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list