|
REAKSI kecewa barisan pemain Chelsea selepas tewas kepada West Ham. FOTO AFP
London: Pertembungan Chelsea bertemu Luton awal pagi Sabtu ini adalah seperti pertemuan dua darjat membabitkan kelab kaya serta miskin.
Luton yang dibimbing Rob Edwards menyaksikan kelab itu mempunyai nilai skuad paling rendah di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu £52 juta (RM306.9 juta).
Sementara itu, Blues milik Todd Boehly sudah membelanjakan £954.5 juta (RM5.6 bilion) pada jendela perpindahan pemain.
Luton bersama Sheffield United yang diramal akan kembali beraksi di Liga Kejuaraan, berbangga dengan pembelian paling mahal setakat musim panas ini iaitu sebanyak £5 juta (RM29.5 juta) ketika mendapatkan pemain Wolves, Ryan Giles.
Chelsea pula membelanjakan 23 kali ganda daripada jumlah itu untuk hanya membeli Moises Caicedo dengan rekod perpindahan bernilai £115 juta (RM678.8 juta) dari Brighton.
Bagaimanapun selepas seri di tempat sendiri ketika menentang Liverpool serta tewas di tangan West Ham, Chelsea jelas masih berdepan masalah.
Bekas pemain Chelsea serta Luton, Kerry Dixon memberi amaran kepada Chelsea agar tidak memandang rendah keupayaan Luton.
"Tiada siapa yang akan mengambil mudah cabaran Luton tetapi pada masa yang sama Chelsea perlu memenangi perlawanan ini.
"Saya mahukan Chelsea menang tetapi saya fikir ia adalah perlawanan yang sengit. Ia adalah antara perlawanan 'kisah dongeng' terbaik.
"Beraksi di Liga Perdana adalah sesuatu yang sangat hebat untuk Luton dan akan membuktikan kemampuan mereka apabila bertemu Chelsea," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mimpi-ngeri-chelsea |
|