CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2366|Reply: 0

3,500 pegawai, anggota polis ditugaskan pada penamaan calon PRK Parlimen Pulai, Dun Simpang Jeram

[Copy link]
Post time 24-8-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode

KETUA Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Seramai 3,500 pegawai dan anggota polis di negeri ini akan ditugaskan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram, Muar, pada Sabtu ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata seramai 2,500 pegawai dan anggota ditempatkan di pusat penamaan calon PRK Pulai dan kawasan sekitarnya, manakala selebihnya di Dun Simpang Jeram.

"Kesemua pegawai dan anggota ini termasuk kereta peronda akan digerakkan ke pusat penamaan calon dan kawasan sekitar untuk membuat pemantauan dan menjaga keselamatan bagi memastikan tiada sebarang gangguan berlaku," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, Kamarul Zaman menasihati calon serta penyokong parti politik supaya mematuhi segala arahan dan peraturan yang diberikan pihak polis serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Beliau turut mengingatkan calon dan penyokong agar tidak mencetuskan sebarang provokasi serta saling menghormati antara satu sama lain.

Sementara itu, beliau berkata 927 anggota polis akan mengundi awal pada PRK Parlimen Pulai, namun tiada anggota yang terlibat bagi pengundian awal PRK Dun Simpang Jeram.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada Sabtu ini, 5 September pengundian awal dan hari pengundian pada 9 September.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -calon-prk-parlimen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049614 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list