|
RASMUS Hojlund. FOTO AFP
London: Rasmus Hojlund dijangka akan tampil menjadi penyelamat kepada Manchester United hujung minggu ini.
The Red Devils hanya merekodkan satu gol dalam dua perlawanan pertama mereka iaitu menerusi bek tengah, Raphael Varane.
Tetapi Hojlund yang bernilai £72 juta (RM426.5 juta) serta menjadi tumpuan utaman, kini bersedia untuk memulakan latihan bersama rakan sepasukannya.
Penyerang itu mengalami kecederaan semasa sesi latihan pramusim bersama bekas kelabnya, Atalanta.
Ia menyebabkannya tidak dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan yang menyaksikan United menewaskan Wolves 1-0 sebelum tewas 0-2 di Tottenham.
Kini United berharap pemain sensasi itu akan cergas sepenuhnya untuk membolehkannya sekurang-kurangnya berada di bangku simpanan bagi aksi menentang Nottingham Forest, Sabtu ini.
Harapan tinggi diletakkan untuk pemain berusia 20 tahun itu yang disifatkan oleh pengurus, Erik ten Hag sebagai 'penyerang unik' selepas cemerlang di Serie A.
Ketika menyertai United, dia berkata: "Bukan lagi rahsia saya menjadi peminat kelab hebat ini sejak zaman kanak-kanak lagi.
"Saya mempunyai impian untuk masuk ke Old Trafford sebagai pemain Manchester United.
"Saya sangat teruja dengan peluang mengubah impian itu menjadi kenyataan, dan saya berazam untuk membalas kepercayaan yang berikan kelab kepada saya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-maruah-man-united |
|