CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 978|Reply: 0

Chelsea ‘juara’ kelab berbelanja besar

[Copy link]
Post time 23-8-2023 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Chelsea ‘juara’ kelab berbelanja besar

CHELSEA muncul pasukan yang berbelanja besar untuk tahun 2023, manakala enam lagi pasukan EPL berada dalam kelompok 10 teratas. - AFP




LONDON – Pusat Kajian Sukan Antarabangsa (CIES) mengesahkan bahawa Chelsea menjadi pasukan yang mengeluarkan perbelanjaan paling besar untuk tahun 2023 dengan nilai bersih £452 juta (RM2.68 bilion) untuk membawa masuk pemain baharu.

Selepas pemilikan kelab itu bertukar kepada Todd Boehly, Chelsea mendapat sokongan kewangan daripada Clearlake Capital untuk membolehkan mereka mengeluarkan perbelanjaan bernilai £323 juta (RM1.9 bilion) pada jendela perpindahan musim sejuk lalu.

Musim panas kali ini menyaksikan mereka sudah mengeluarkan perbelanjaan sehingga £329.37 juta (RM1.95 bilion) untuk mendapatkan beberapa pemain termasuk Moises Caicedo dan Romeo Lavia, namun jumlah itu mungkin meningkat ketika tarikh tutup jendela perpindahan berbaki seminggu lagi.

Bagaimanapun, The Blues berjaya mengimbangi perbelanjaan mereka dengan menjual beberapa pemain untuk mendapat nilai pulangan sehingga £218 juta (RM1.29 bilion).

Hasil kajian daripada CIES melibatkan faktor impak kewangan berdasarkan proses pembelian dan penjualan pemain mendapati tujuh pasukan daripada Liga Perdana Inggeris berada dalam ranking 10 teratas yang berbelanja besar.

Arsenal berada di kedudukan ketiga selepas berjaya mendapatkan Declan Rice, Kai Havertz dan Jurrien Timber, namun mengejutkan apabila Manchester City tidak berada dalam senarai tersebut sebaliknya Bournemouth mengisi kelompok tujuh berkenaan.

Bournemouth yang dibeli oleh bilionair Amerika Syarikat, Bill Foley telah mengeluarkan perbelanjaan sehingga £185 juta (RM1.09 bilion) untuk jendela perpindahan kali ini sekali gus mengatasi Real Madrid.

Empat lagi pasukan EPL yang berada dalam kelompok 10 kelab yang berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini adalah Newcastle United, Manchester United, Liverpool dan Aston Villa.

Dua kelab gergasi Arab Saudi Al-Hilal dan Al-Ahli turut menempatkan diri dalam kelompok berkenaan apabila masing-masing telah berbelanja sehingga £281 juta (RM1.66 bilion) dan £151 juta (RM896 juta). – AGENSI

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... b-berbelanja-besar/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.066850 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list