View: 9521|Reply: 31
|
Hidayah Gesa Ali Puteh Tak Berlengah Bayar Hutang RM76,000
[Copy link]
|
|
Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 31, sudah cukup bersabar dalam menangani masalah hutang sebanyak RM76,000 yang belum lagi dilunaskan pelawak, Ali Puteh sebagaimana perintah mahkamah.
Siti Norhidayah atau Hidayah berkata, perkara itu sudah lama dan dia pun sudah memberi tempoh yang panjang kepada pihak adik iparnya itu untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak berkenaan.
"Sudah beberapa kali arahan dari mahkamah, termasuk peguam saya meminta pihak sana (Ali) menyelesaikan bayaran RM76,000 yang saya menang dalam kes saman pada 18 Februari, tahun lalu.
"Tapi, pihak sana masih lagi degil, dan melanggar perintah mahkamah. Malah, tiada usaha dan inisiatif dilakukan untuk melangsaikan hutang piutang itu kepada saya," katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Hidayah berkata, bukan Ali saja yang tidak membayar hutang, namun kakaknya pun sehingga hari ini masih lagi tidak melunaskan bayaran RM2,000 sebagaimana yang diperintahkan mahkamah selepas kalah saman terhadapnya.
Ditanya juga sama ada dia akan mengambil tindakan undang-undang susulan terhadap Ali, ibu tunggal ini berkata, sekiranya pihak sana (Ali) masih buat diam saja, dia akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Sebelum ini, saya masih berbaik hati dan bertimbang rasa untuk memberi ruang dan masa padanya (Ali) untuk menyelesaikan hutang ini. Tetapi, dia tidak memandang serius perkara ini dan tindakan susulan perlu saya buat.
"Saya akan mengambil tindakan undang-undang susulan yang lebih berat agar pihak sana dapat menjelaskan hutang piutang ini dengan kadar segera kerana saya tidak mahu ada timbul apa-apa masalah yang berhubung kait dengannya lagi selepas ini," katanya ingin fokus pada perniagaan produk kecantikan diusahakan kini.
Baru-baru ini, Hidayah menerusi hantaran dibuatnya di akaun Instagram @abam_bocik, meminta Ali serta kakaknya membuat pembayaran segera hutang mereka kepadanya berhubung kes saman itu.
Pada hantaran di media sosialnya, Hidayah juga memuat naik tangkap layar kisah Ali yang kini giat menjalankan perniagaan sambal petai dan jering berlado yang semakin maju.
Terdahulu, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Allahyarham Abam Bocey pada 8 Disember 2017. Namun, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3.
Konflik Hidayah dan Ali tercetus apabila adik arwah suaminya itu mengeluarkan kata-kata mengaibkan Hidayah di Instagram, dua tahun lalu yang memerlukan tindakan undang-undang diambil.
Justeru, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah yang menang kes saman itu pada Februari tahun lalu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan saman dayah..si litam ni jenis x paham bahasa..kang byk saman berbunyi lagi..kena saman x reti bayar |
|
|
|
|
|
|
|
2k pun kakak itam tak nampu bayar? Kesiannnn... Kerana mulut badan binasa |
|
|
|
|
|
|
|
Duit lagi nk kne keluar dayah ni..kesian ..mcm tu lah seterusnya..yg untung lawyer juga.
Dah Ali nmpk mmg mcm taknak byr duit Saman tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan kalau disaman org yg takda duit harta ni..dan sampai kesudah x byr..
ending nya mahkamah akan declare org tu bankruptcy jela kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lentera replied at 22-8-2023 09:33 PM
2k pun kakak itam tak nampu bayar? Kesiannnn... Kerana mulut badan binasa
Spesies xnak bayar utang ni kalau ade duit pon liat weh nak bayar..die jenis dh melekap dlm hati tu xkan bayar dan x rs benda tu slh...xde rules ke tgkp masuk jail yg mana xbyr saman ni |
|
|
|
|
|
|
|
Litam litam...kau nak abam bangkit dari kuburan ke baru kau nak bayar hutang balu arwah?
Since February 2022 tak bayar hutang. Kalau kau hutang dengan ahlong kau dah selamat berpindah alam dah litam oi. Hutang dengan bank pun kalau overdue bank cari kau.
Litam litam..warna kulit & warna hati tu seiring. Apa cerita rumah arwah? Yang tu pun mahkamah putuskan dapat ke dayah & hamzah jugak kan? Ke korang anak beranak masih bermaharajalela kat rumah tu, litam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku yang rasa gusar...
Kenapa orang selalu lupa pembalasan-Nya...
Mereka ada keluarga... tak rasa bimbangkah tetiba bala diturunkan ke atas orang-orang yang kita sayang... atau, orang yang hatinya telah ditutupkan (forumer kata hati hitam) ni, memang tak kisah langsung bebenda semua ni...
Semoga semuanya berakhir dengan baik-baik sahaja...
|
|
|
|
|
|
|
|
This time ko kasi si rentung tu dgn family dia sampai tinggal spender je. |
|
|
|
|
|
|
|
Lena ke tidur buat naya dayah ni? Ke ko tetap rasa ko je betul lalu masih tidur lena tiap malam? Hitam sungguh hati |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnyaaaa. Semoga melingkup selingkup lingkupnya si Ali tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau camtu rumah arwah abam dah jadi 100% milik anak n isteri arwah lah ...sebab bahagian kepunyaan mak arwah tu dah boleh dijadikan asset utk lunaskan hutang2 si Ali n kakak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tak tahu malu pada umum malu lah sikit pada Hakim... Hakim sendiri kata yg TAMAK bukan balu yg TAMAK sebenarnyer adalah si Alibangkai dan keluarga nya rebut harta arwah!
Alamak ehhhhhh malu nyer akuuuuuu!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 22-8-2023 11:27 PM
Lena ke tidur buat naya dayah ni? Ke ko tetap rasa ko je betul lalu masih tidur lena tiap malam? Hit ...
Sebab dia rasa apa dia buat tu betul. Siap spin mcm2, bayar hutang guna aset la nak jugak dia cari point nak bagi nampak dayah tu yg salah.
Dah terciduk tapi ego tetap xnak ngaku salah. Tu yg jadi mcm org xda pedoman hidup tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tgu esok statement balas ali susun
confirm tak mengaku salah
diselitkan dengan kata2 teraniaya
doa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes ni, takde bankruptcy pun since hutang pun bawah RM100k. cadangan weols, buat WSS (Writ of Seizure & Sale) atau sita segala harta si penghutang, kemudian lelong untuk lunaskan hutang. tapi kos untuk WSS ni tinggi la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sinetron ni cepat tamat..banyak lagi list menunggu utk tayangan.[em:10:] |
|
|
|
|
|
|
|
I tak baca. .awat ada org nak bayar hutang guna batu dgn kayu ke. Liquid assets lah. Jgn bayar cara yg membebankan. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh mintak lawyer apply garnishee order kat court.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|