CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 0

[Perlis] Malaysia mampu eksport beras jika pesawah berubah

[Copy link]
Post time 22-8-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Sabu menunjukkan jagung bijian yang matang ketika melawat Projek Tanaman Jagung Bijian di Lembah Chuping, hari ini. FOTO SYAHARIM ABIDIN

Padang Besar: Malaysia mampu menjadi negara pengeksport beras pada masa depan sekiranya semua pihak khususnya pesawah sanggup berubah dan mengusahakan tanaman padi itu secara sepenuh masa.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, seandainya kawasan tanaman padi di bawah pentadbiran Lembaga Pertanian Muda (MADA) dapat menghasilkan pengeluaran padi sekitar 10 tan per hektar, maka ia bakal menjadi penanda aras yang mencukupi bagi mengeksport beras ke luar negara.

"Buat masa ini, kebanyakan tanaman padi di kawasan MADA hanya dapat mengeluarkan hasil sekitar empat ke lima tan bagi satu hektar.

"Oleh itu, saya sarankan agar petani dapat ubah sikap dan jalankan bidang tanaman ini secara serius atau sebagai sepenuh masa seperti jadual kerja di pejabat.

"Sekurang-kurangnya mereka perlu meluangkan masa sekitar tiga jam bagi kerja kawalan rumput, baja, racun dan pelbagai lagi," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Tanaman Jagung Bijian di Lembah Chuping, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai jumlah penimbal beras negara ketika ini, Mohamad berkata, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sudah memberi jaminan bahawa kadarnya masih lagi mencukupi dan mampu bertahan bagi menampung keperluan rakyat.

"Bernas beri jaminan bahawa jumlah penimbal beras masih boleh bertahan cuma harganya sahaja adakala tidak menentu.

"Namun, beras di Malaysia ini adalah antara yang termurah di Asean," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ika-pesawah-berubah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064660 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list