CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 0

[Perlis] Jaga dipenjara 30 bulan kerana miliki bahan letupan dan khianat

[Copy link]
Post time 22-8-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Hapizal (dua dari kiri) di bawa keluar oleh polis dari trak polis di Kompleks Mahkamah Kangar. FOTO AIZAT SHARIF

Kangar: Gara-gara bergurau, seorang pengawal keselamatan dipenjara 30 bulan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan letupan dan melakukan khianat menggunakan mercun buatan sendiri di sebuah sekolah rendah di Padang Besar 16 Ogos lalu.

Tertuduh, Hapizal Saad, 42 dari Padang Besar turut dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah menggunakan dadah berbahaya di Padang Besar pada 30 Jun lalu.

Tertuduh mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Hapizal didapati melakukan khianat dengan menggunakan mercun buatan sendiri dan menyebabkan kerosakan kepada khemah milik Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM50 pada 16 Ogos lalu sekitar jam 4.50 pagi.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, Hapizal didapati memiliki bahan letupan iaitu sebungkus plastik lutsinar yang mengandungi 100 biji mercun bola besar dan sekotak mercun 8426 Thunder Clap di sebuah rumah di RPA Padang Besar pada 16 Ogos lalu jam 5.30 petang.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang membawa kepada hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala, bagi kesalahan penyalahgunaan dadah, tertuduh didapati menggunakan Amphetamine dan Methamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar pada 30 Jun lalu pada jam 5.15 petang.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali serta wajib menjalani pengawasan tidak lebih daripada tiga tahun.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Nurul Atikah Ab Rashid manakala tertuduh diwakili peguam Hasnor Arysha Hamdan dan Shazwan Shahidan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Berdasarkan fakta kes, Hapizal mengaku ia bertujuan sebagai gurauan semata-mata.

Namun Nurul Atikah dalam hujahannya memohon mahkamah memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Manakala Hasnor Arysha dan Shazwan merayu mahkamah agar anak guam mereka dapat diberikan hukuman setimpal kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sekitar RM1,300.

Mahkamah kemudian menjatuhkan Hapizal hukuman penjara 18 bulan bagi pertuduhan pertama dan 12 bulan bagi pertuduhan kedua di mana kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap.

Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah, mahkamah menetapkan hukuman penjara empat bulan kepada Hapizal dari tarikh sabitan iaitu 22 Ogos.

Pada 16 Ogos lalu, satu letupan kuat dilaporkan berlaku di satu kawasan hadapan sebuah sekolah di Padang Besar sekitar jam 4 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... letupan-dan-khianat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.331129 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list